Monday, 12 December 2011

Hablumminallah wa hablumminannas




Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua...?? Hari nie terasa ingin menulis mengenai 'HUBUNGAN'... bila bercakap mengenai hubungan ini, selalunya kita pasti akan kaitkan hubungan antara manusia dengan manusia dan baru hubungan antara manusia dengan Pencipta... atau kadang-kadang kita seakan-akan terlupa hubungan dengan Allah SWT iaitu Pencipta kita yang maha Besar lagi maha Bijaksana... dan saya mungkin hambaNya yang tak terkecuali... kalau tidak, tidak akan manusia itu sentiasa dikaitkan dengan lalai, leka dan mudah lupa...???
Sebenarnya, bila dilihat, direnung, dikaji dan dianalisis  (ada lagi tak nak ditambah...?? ) apa yang saya boleh simpulkan adalah sebenarnya membina HUBUNGAN sesama manusia tidaklah sesukar mana pun tetapi yang penting niat dan objektif hubungan tersebut dijalin dan dibina... kita sebagai manusia memang memerlukan antara satu sama lain dan sesama makhluk Allah dalam kehidupan..tiada siapa  di dunia ini mampu hidup sendiri dan tidak berhubung dengan sesiapa...kenapa saya kata membina hubungan tidak sukar..?? kerana bagi saya hanya dengan senyuman dan salam (bg yg muslim) dan kata mukadimah cukup untuk membina hubungan...kuatnyer kuasa senyuman ini adalah dari orang yang kita tidak pernah kenal pun pasti akan mesra dengan kita (jika kena dengan gayanyer...)... kalau orang yang kita nak berhubung tidak mulakan dahulu, kitalah yang berperanan untuk memulakan sesuatu hubungan... jadi, apa masalahnya...??? mungkin ramai yang kata mudah tetapi akan ada insan yang kata tidak semua orang sama... "saya susah nak mulakan sesuatu hubungan, saya tidak pandai dalam bab-bab nak berkawan dan sebagainya"...dalam hidup ini, wujudnya perkataan 'TERPAKSA' ada maksudnya.. kalau dah terpaksa, buatlah... tak rugi mencuba untuk berkenal-kenalan dari duduk sahaja dan menanti manusia lain yang menghulurkan dahulu salam perkenalan... buatnye manusia itu pun berfikiran sama macam kita maka siapa yang akan memulakannya...?? kekadang perasaan negetif seperti malu, ego dan takut tidak dilayan perlu dibuang jauh-jauh.. kita menghulurkan salam dan kalau huluran tersebut tidak bersambut, maka think positif... kalau nak berdendam pun, biarlah dendam positif...tak usah panjang-panjangkan... TETAPI bila nak memulakan sesuatu hubungan, pastikan kita bersedia untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan kenalan baru kita... manusia kan boleh dikatakan setiap hari melalui proses pembelajaran untuk menjadi khalifah dan ahli masyarakat yang bermanfaat pada sekalian makhlukNya di muka bumi Allah yang permai ini..??
hmm...apa yang sukar mengenai HUBUNGAN..?? MENGEKALKAN sesuatu hubungan yang telah dibina...itulah yang paling sukar untuk dibuat dan saya kurang ilmu dalam mengekalkan hubungan sesama manusia... membaca ada tetapi melaksanakannya...?? cuba bayangkan sesuatu hubungan yang dah terjalin lama sehingga bertahun-tahun boleh berantakan atau hilang begitu sahaja... perasaan rindu ada tetapi ego dan pentingkan diri sendiri 'beraja' dalam hati sehinggakan kita 'ignore' sahaja perhubungan itu... saya juga adalah antara mereka2 yang sukar untuk mengekalkan sesuatu hubungan (persahabatan yer... hubungan suami isteri boleh tempuh lagi.^_^.) disebabkan sikap dan sifat saya yang malas berhubung or calling2x.. kebanyakan kawan2 saya mengeluh dengan sikap saya yang satu ini... saya pun tak tahu... mungkin betul kott.. tapi saya ok dalam bab berhubung cuma kalau by phone saya nie kategori 'berat' sikit... tapi by facebook or emel, ok ajer..sebab kena ngan feveret saya kot, MENULIS... muhahahha... lagi pun kekadang by phone agak terkekang dan takut terlebih2 lak bercakap... kalau menulis nie boleh baca balik and edit mana yg tdk berkenaan... hehehhe...bak kata bidalan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah binasa".. :) Jika ada sesiapa yang mempunyai petua macamana nak mengekalkan hubungan persahabatan, silalah berikan petua anda untuk diamalkan... tapi ketahuilah wahai sahabat2ku, doa untuk kalian sentiasa ada bahagiannya dalam doa2ku... walaupun kalian tiada di mata, tapi hati ini perasaan rindu sentiasa ada... mungkin belum ada izinNya untuk berjumpa lagi... hubungilah diri ini tidak kira bila masa sekalipun...insyaAllah, kenangan bersama kalian sentiasa tersemat indah dalam hati dan ingatan ini... miss all my friends very much...
Ok, kembali kepada tajuk di atas, "habluminallah wa habluminannas"...Hubungan baik dengan Allah, Hubungan baik dengan manusia.... mesti selalu dengar ayat ini kannn...?? cantik ayat itu dan penuh dengan pengajaran dan panduan dalam perhubungan...bila melihat pada ayat diatas, ia lebih merujuk kepada akhlak... kerana bila suatu hubungan dibina, apakah jenis akhlak yang hendak kita paparkan atau tunjukkan atau praktiskan pada kenalan kita...?? bila dirujuk pada ayat di atas, secara umumnya ada tiga kategori akhlak...

1) Baik kepada Allah (mengamalkan perintah-Nya) tetapi bersikap buruk kepada sesama manusia. 
2) Baik kepada manusia tetapi bersikap buruk kepada Allah (meninggalkan suruhan-Nya). 
3) Baik kepada Allah dan baik kepada sesama manusia. 

Yang mana satukah di antara ketiga-tiga kategori sikap di atas yang mahu kita miliki? adakah pertama, kedua atau ketiga...dan sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal dan iman yang kukuh dan mantap pasti pilihan ketiga adalah pilihan kita... Baik pada Allah dan baik kepada sesama manusia.... Subhanallah... Alangkah indahnya panduan yang Allah berikan dan Rasulullah tunjukkan...siapa kata Islam mengongkong...?? Islam menyarankan setiap manusia di muka bumi untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia tak kisah siapa dia, pekerjaan dia, latarbelakang dia, agama dia mahupun sejarah hidup dia... setiap cara hidup dari pelbagai aspek kehidupan ada panduan dan ciri-ciri yang telah digariskan dalam Islam... perlukan usaha yang banyak untuk belajar dan terus belajar untuk menjadi muslim/muslimah yang sejati... 
Berdasarkan ayat di atas, jika kita ingin manusia baik, hormat serta mengasihi kita maka kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan Pencipta kita... bagaimana kita nak segala penghormatan dari manusia sedangkan kita tidak menjalinkan hubungan baik dengan Allah swt... kita tidak solat terutamanya solat yang diwajibkan, tidak pernah bersyukur, tidak tutup aurat, riak dan bangga di bumi Allah, tidak menghormati ciptaan Allah apatah lagi nak melakukan ibadah-ibadah lain...ibadah wajib tunggang langgang atau tidak buat langsung inikan pula ibadah sunat, confem tak ada dalam kamus kehidupan...dan pelbagai lagi perbuatan mungkar dilakukan si atas bumi Allah ini... nahhh.... kalau itu yang kita laksanakan, bermaksud kita memang tidak menjaga hubungan dengan Allah...nauzubillah... jadi bagaimana kita nak berbuat baik sesama manusia..?? dan bagaimana Allah nak jaga hubungan kita dengan makhlukNya yang lain...??  kita selalu tamak bab2 hubungan ini... dan ia selalu sehala sahaja... kita hanya tahu meminta sahaja tetapi jarang memberi... ingat Tuhan pada certain2 time ajer... renungilah kisah dibawah ini:


Seorang murud bertanya pada tuan gurunya," Tuan Guru, apakah boleh aku melakukan maksiat?"
Tuan Guru menjawab,"Boleh, kau boleh melakukan maksiat dengan 5 syarat:
PERTAMA: Jangan makan rezeki Allah
KEDUA: Jangan duduk di bumi Allah
KETIGA: Lakukan maksiat di tempat Allah tidak boleh melihatmu
KEEMPAT: Jika datang Malaikat Maut untuk mencabut nyawamu, katakan padanya "Lewatkanlah ajalku untuk aku beramal dan bertaubat
KELIMA: Diakhirat nanti apabila Malaikat Zabaniyyah mengheretmu untuk mencampakkanmu ke api neraka, katakan kepada Malaikat Zabaniyyah,"Tempatku di syurga bukan dineraka"."


Bagaimana....?? terbuat tak maksiat di bumi Allah ini...?? terlalu banyak nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya... Nikmat yang sangat bernilai adalah nikmat lahir sebagai hambaNya yang beragama Islam...tetapi adatlah sebagai seorang manusia, apa yang ada jarang disyukuri tetapi apa yang tiada sering dikisahkan...

‎"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman (Ayat 13)


Kesimpulan disini adalah, berbuat baiklah dengan Allah yang bermaksud laksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya kerana manusia dan jin dicipta semata-mata untuk beribadah kepada Allah swt, maka hubungan sesama manusia pasti akan terjaga dan kita akan dihormati dan dikasihi oleh seluruh makhlukNya..

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” [Az-Zariat 51:56]

itulah panduan terbaik dalam membina hubungan sesama manusia dimana hubungan dengan Pencipta perlu diperbaiki dari masa ke semasa agar tujuan kita lahir ke bumi ini tercapai..Ingatlah, matlamat kehidupan kita adalah 'kehidupan' di akhirat kelak...Cemerlang nyer kehidupan di dunia, maka gemilanglah kehidupan kita di akhirat sana... Binalah hubungan yang baik sesama manusia kerana setiap manusia ada peranan dan sumbangan dalam kehidupan kita... belajar2lah SENYUM kerana awal tercetusnya sesuatu hubungan adalah dengan senyuman ikhlas yang lahir dari hati yang penuh dengan sifat MAWADDAH... InsyaAllah, semoga hubungan yang dibina berlandaskan keimanan dan kasih sayang keranaNya akan berkekalan dan dirahmati sentiasa... I love u all... take care and wassalam...

Rasulullah Saw Bersabda Bahawa Allah SWT Berfirman:-

Demi Kemuliaan Dan Kebenaran Ku, Aku Tidak Akan Menghimpun Dua Kali Rasa Takut Atau Aman Bagi Hamba Ku . Siapa Yang Takut Kepada Ku Di Dunia, Maka Aku Aman Kan Dia Di Akhirat Dan Siapa Yang Merasa Aman Dari Ku di dunia, Aku Takutkan Dia di Akhirat” (Kitab Tanbihul Ghafilin)


Saturday, 10 December 2011

Alahai kucing-kucing tersayang....



Assalamualaikum wbt....
Lama tak menulih, nie nak menulih balik... rindu nak menulis nie...byk citer tp masa nak meluahkan ke alam maya yg terkekang...kekadang bukan pasal takder masa tapi pengurusan masa yang sangat lemah dan selalu mengutamakan perkara yang tak penting... kesimpulannya, memang masa tak terjaga dan banyak membazir begitu sahaja... Selalu jeles ngan individu2 yang berjaya menguruskan masa masing-masing sehingga apa sahaja yang ditargetkan akan tercapai dan kadang2 terlaksana sebelum masanya... memang tabik springgg ler.... nak ajer minta depa2 nie bagi 'lecture' and 'tutorial' free tentang topik pengurusan masa, tapi masalahnyer diri ini ler rasa segan memanjang... ishkkk...kalu asyik segan confem dok takuk nie ajer dokk..?? InsyaAllah, akan cuba gunakan masa sebaik mungkin dan pembelajaran mengenai pengurusan masa memang tiada penghujungnya... 
nak sambung lagi citer pasal kucing kami nie... balik-balik dr shopping petang nie, berterabur 'berak' kucing kat dapur... "Ishkk..kucing2 nie, memang nak kena nie...". Dalam geram tetap gak cuci berak depa kat dapur dan seperti biasa, di akhir cucian pasti akan sembur febreeze bagi wangi sikit... kalau nak diceritakan mengenai perangai atau 'peel' kucing nie, kadang-kadang boleh tersenyum sendiri tetapi bila masa dia buat 'hal' rasa nak picit2 ajer semuanya... Gerammmm....grrrrrr... tapi nak marah sangat pun tak boleh sebab depa nie binatang...mana tahu apa depa buat tu betul ke tidak... paling2 nak lepaskan marah pun setakat membebel cam orang tak betul ajer... 
bila bela kucing atau sebarang binatang nie, sebenarnya memang betul2 menguji kesabaran manusia... kalau anda sebagai manusia tidak mampu nak sabar maka sebaik2nya janganlah bela kucing atau apa2 binatang sebab pasti akan menyeksakan mereka... kucing-kucing yang banyak dirumah ini pun ada 1001 macam perangai yang kadang-kadang boleh membuat darah naik tahap maksimum...tetapi bila mereka berada dalam perangai normal, manja and 'cute' memang rasa sayang sangat2 kat depa2 nie.. 
banyak2 kucing di rumah kami, kucing yang berada pada carta popular adalah Tam-tam dan Comey... Tam-tam nie adalah kucing yang sangat manja da suka sangat dipeluk2dan didukung2... kalau dukung Tam-tam kekadang rasa macam dukung budak lak sbb Tam-tam suka rebahkan kepala dia kat bahu kita seolah-olah macam memeluk kita balik... then bila didukung dia senyap ajer seolah2 enjoy that moment dipeluk dan dimanjai... Tam-tam pun suka buat muka innocent and sweet... saya suka sangat main kejar-kejar ngan Tam-tam sampai mengah2... muhahaha...camner main kejar2 ngan dia..?? sebab Tam-tam suka geselkan badan dia kat kaki, maka saya akan berlari2 untuk elakkan kaki saya dari digesel..and Tam-tam apa lagi, mengejar dan terus mengejar sampai dia dpt touch badan dia ke kaki kita... hehehhe... So, saya ada dah sesuatu untu beriadah dan lari setempat...Siapa lagi, kalau bukan Tam-tam...??!!
adey sekarang nie dah beralih tempat tidur...dari tidur kat atas surat khabar, dia dah tidur kat rak bawang... penuh badan dia tidur kat dalam bekas tu... memang dasar kucing penakut, lagi tinggi satu tempat, situlah yang dia nak tidur..konon2nya boleh mengelakkan diri dari bergaduh [sebab adey tak suka bergaduh].. adey masih lagi tak suka makan bermai-ramai...dia akan makan di bekas dia ajer... mmg besar kepala sikit ini kucing...tapi keistimewaan adey adalah bila dia masuk rumah, tmpt 'melepaskan hajat' nyer adalah di dalam bilik air dekat dekat lubang saluran air...bagus tak adeyyy...?? senang nak curahkan air kat 'sisa2' si adey bertuah nie...
antara banyak2 kucing kami kesian kat Kak Long...dulu Kak Long kami semua gelar sebagai ketua lorong Taman Senawang Jaya sebab dia garang dan sangat2 menjaga kawasan dia (mewarisi sifat garang nenek2 dia dulu)... tapi sejak2 dah tua nie, dia lak asyik kena buli especially si Comey...Comey tahu dia dah berani melawan, bila nampak Kak Long asyik nak cekau ajer si tua tu...kak long lak takut ngan comey sekarang nie... itu merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup umpama roda...dulu shomey yg asyik kena pelempang 'Kak Long'... Skrg nie nie turn comey lak nak buli Kak Long...bukan ini juga satu ilmu dan pengajaran untuk manusia...?? 
hmm..anak kucing generasi baru yang paling kami risau adalah si shemey (sebab mata dia sebelah buta).. shemey selalu jatuh longkang...kalau dia tak makan maka kami akan cepat2 cari kat dalam longkang...selalunyer ada lah dia mengiau2 perlahan minta tolong...mgkn dia tak nampak dgn jelas menyebabkan dia sentiasa jatuh ke dalam longkang..kesian kannn...?? tapi mcm2 tu jugak, si shemey lah antara anak kucing yg paling gemuk dan berat badannyer... 
kalau nak diceritakan satu persatu perangai kucing kat rumah nie, mmg sampai esok pun boleh...yelah, makhluk yang kita sayang tak kira manusia, haiwan mahupun tanaman,kita akan sentiasa nak berkongsi cerita dan kebahagiaan kita dengan orang lain... tapi apa yang penting, kucing adalah haiwan yang perlu dikasihi dan sangat perlukan perhatian dari tuannya... banyak pengajaran dan pengalaman yang diberikan melalui kucing2 ini... dan pengajaran yang paling besar dan yang boleh dipejari adalah sifat kasih sayang, setia dan manja... tak rugi bela haiwan ini malahan kalau tidak dibela rasa pincang ajer kehidupan... itulah perasaan saya..sebab itu di setiap tempat saya merantau dahulu, saya pasti akan membela walaupun seekor... tak lengkap rasanyer hidup tanpa kucing dalam hidup... hehehhe...
oklah, terasa mengantuk dah melanda...nanti2 jika ada keizinan dari Ilahi, pasti tangan ini akan menaip lagi... so, selamat malam dan semoga ketemu dengan mimpi yang indah2 belaka... take care...wassalam.... ^_^


Sunday, 4 December 2011

Cinta Abu Bakar Untuk Al-Mustafa


'Ketika Rasulullah berada di hadapan, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!!' (Abu Bakar As-Siddiq r.a)
Langkah kaki pemuda Quraisy tidak lagi terdengar samar. Tak terasa tubuhnya bergetar hebat, betapa tidak, dari celah gua ia mampu melihat para pemburu itu di atas kepalanya. Sesetengah berbisik berkatalah Abu Bakar, "Wahai Rasulullah, jika mereka melihat ke kaki-kaki mereka, sesungguhnya mereka pasti melihat kita berdua."
Rasulullah memandang Abu Bakar penuh makna. Ditepuknya sahabat karibnya ini perlahan sambil berkata, "Janganlah engkau kira, kita hanya berdua. Sesungguhnya kita bertiga, dan yang ketiga adalah Dia, yang menggenggam iaitu Yang Maha Kuasa".
Sejenak ketenangan menyapa Abu Bakar. Sama sekali dia tidak khuatir keselamatannya. Kematian baginya bukan apa-apa, dia hanya lelaki biasa. Sedang untuk lelaki tampan yang kini dekat disampingnya, keselamatan diatas mati dan hidupnya.
Bagaimana semesta jadinya tanpa penerang? Bagaimana Madinah jika harus kehilangan purnama? Bagaimana dunia tanpa cahaya penyampai wahyu?
Sungguh, Baginda tidak gentar dengan tajam mata pedang para pemuda Quraisy, yang akan merobek tubuhnya serta menumpahkan darahnya. Sungguh Baginda tidak bimbang, runcing anak panah yang akan menghunjam setiap inci tubuhnya.
Baginda hanya takut Allah. Muhammad, ya Muhammad...
Mereka berdua berhadapan dan bersepakat untuk berjaga mengikut giliran. Keakraban mempesona itu bukanlah suatu kebohongan. Abu Bakar memandang wajah syahdu di depannya dalam hening. Setiap uratan di wajah indah itu dia perhatikan seksama. Aduhai betapa dia mencintai putera Abdullah.
Kelelahan yang mendera setelah perjalanan jauh, seketika seperti ditelan kegelapan gua. Wajah didepannya yang saat itu berada nyata, meleburkan penat yang dirasai. Hanya pada satu nama yang tersemat didalam dadanya, CINTA!
Kemudian Nabi Muhammad SAW melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar seperti anak kecil, Abu Bakar berenang dalam samudera kegembiraan yang sempurna. Tidak sama yang dapat mempesonakan selama dia hidup kecuali saat kepala Nabi yang 'Ummi' berbantalkan kedua pahanya.
Mata Rasulullah terpejam. Dengan berhati-hati seperti seorang ibu, telapak tangan Abu Bakar mengusap peluh di kening Rasulullah SAW. Masih dalam senyap, Abu Bakar terus terpesona dengan susuk cinta yang sedang beristirehat dipangkuannya. Sebuah rasa mengalun dalam hatinya "Allah, betapa ingin hamba menikmati ini selamanya".
Nafas harum itu terhembus satu persatu yang menyapa di wajah Abu Bakar. Abu Bakar tersenyum sepenuh kalbu. Dia menatapnya lagi, tak bosan. Seketika wajahnya muram, dia teringat perlakuan orang-orang Quraisy yang memburu purnama Madinah seperti memburu haiwan buruan.
Bagaimana mungkin mereka begitu keji mengganggu cucu Abdul Mutalib, yang begitu jujur dan amanah. Mendung di wajah Abu Bakar belum juga surut. Sebuah kuntum keazaman memekar di dasar hatinya, begitu semerbak.
Selama hayat berada dalam raga, aku Abu Bakar, akan selalu berada disampingmu untuk membelamu dan tak akan membiarkan sesiapa pun mengganggumu.
Kesunyian tetap terasa. Gua itu begitu dingin. Abu Bakar menyandarkan tubuhnya didinding gua. Rasulullah SAW, masih tetap dalam lenanya.
Tiba-tiba sahaja, seekor ular mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu Bakar melihatnya penuh waspada, ingin sekali dia menarik kedua kakinya untuk menjauhi dari binatang yang berbisa ini.
Namun, keinginan itu diendahkan dari benaknya, tak ingin dia mengganggu tidur lena Rasulullah SAW. Bagaimana mungkin, dia tidak membangunkan kekasihnya itu. Abu Bakar menahan sakit, ketika itu ular mematuk pergelangan kakinya, tapak kakinya dibiarkan sahaja tidak bergerak sedikit pun. Ular itu meninggalkan mereka setelah beberapa seketika.
Dalam keheningan, sekujur tubuhnya terasa panas. Bias ular menjalar ke seluruh tubuhnya. Abu Bakar menangis dalam diam. Rasa sakit itu tidak dapat ditahan lagi.
Tanpa sengaja, air matanya menitis mengenai pipi Rasulullah SAW yang tengah berbaring. Abu Bakar menghentikan tangisannya, kekhuatiran terbukti, Rasulullah SAW terjaga dan menatapnya penuh dengan rasa ingin tahu.
"Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis kerana menyesal mengikuti perjalanan ini?" suara Rasulullah memenuhi ruang gua.
"Tentu saja tidak, saya redha dan ikhlas mengikutimu kemana jua," kata Abu Bakar yang masih dalam kesaakitan.
"Jadi mengapakah engkau menggugurkan air matamu?"
"Seekor ular baru sahaja mematukku, wahai putera Abdullah, dan bisanya menjalar begitu cepat."
Rasulullah menatap Abu Bakar dengan penuh kehairanan, tidak berapa lama bibir manisnya bergerak, "Mengapa engkau tidak menghindarinya?"
"Aku bimbang mengejutkan engkau dari lenamu," jawab Abu Bakar sendu.
Sebenarnya dia kini menyesal kerana tidak dapat menahan air matanya jatuh mengenai pipi Rasulullah SAW dan membuatnya terjaga. Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar sahaja. Selanjutnya mata al-mustafa berkabut dan bening air mata tergenang dipelupuknya.
Betapa indah sebuah ukhuwah.
"Sungguh bahagia, aku memiliki seorang sepertimu wahai putera Abu Quhafah. Sesungguh Allah sebaik-baik pemberi balasan".
Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, al-mustafa memengang pergelangan kakinya yang dipatuk ular. Dengan menggunakan nama Allah Pencipta semesta alam, Nabi mengusap bekas patukan ular itu dengan air liurnya.
Maha suci Allah, sketika rasa sakit itu tiada lagi. Abu Bakar segera menarik kakinya kerana malu. Nabi masih memandangnya dengan rasa penuh kasih sayang.
"Bagaimana mungkin, mereka iaitu para kafir sanggup menyakiti manusia indah sepertimu. Bagaimana mungkin?" kata Abu Bakar.
Gua Thur kembali ditelan kegelapan malam. Kini giliran Abu Bakar beristirehat dan Rasulullah SAW pula berjaga. Abu Bakar menggelengkan kepala ketika Rasulullah menawarkan pangkuan Baginda.
"Tak ku rela diriku membebani pangkuan penuh abbarakah itu."
Kita pasti tahu siapa Abu Bakar. Beliau adalah lelaki pertama yang memeluk Islam dan juga salah seorang sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah. Dari kembara sejarah, kita kenang cinta Abu Bakar terhadap Al-Mustafa.
Abu Bakar wafat pada usia 63 tahun, pada saat peperangan atas bangsa Romawi di Yarmuk. Jenazahnya dikebumikan disebelah manusia yang paling dicintainya, iaitu Makan Rasulullah SAW. Dia mencintai Nabinya melebihi diri sendiri.
Tidakkah itu mempersonakan?
(Sumber artikel dari Artikel ILuvIslam)
Subhanallah..betapa besarnya cinta Abu Bakar pada sahabatnya Rasulullah SAW... memang tiada tandingan di kalangan manusia...Mampukah kita umat Rasulullah menandingi cinta Saidina Abu Bakar dalam mencintai Kekasih Allah..??

Selawat dan salam buat Rasullullah SAW, para keluarga dan sahabat baginda sekalian...semoga kita akan mendapat syafaat dan bertemu dengan Kekasih Allah di 'sana'.

 

Tuesday, 22 November 2011

Kucing oh Kucing...!! Part 3

Part 3:

Assalamualaikum wbt....
Sambungan kisahku tentang kucing...

Walau bagaimanapun, saya nie pun takderlah sentiasa membelai sahaja kucing saya...ada masanyer pun kucing2 saya nie mencabar gak kesabaran saya... Especially kalu bab2 'membuang' merata2 nie...aduyaiiii... kadang2 balik penat, tgk kucing lak terperangkap dlm rumah then membuang dlm rumah (kecuali nonek..sbb nonek jarang buat hal..sayang nonek..)especially atas tilam, mmg mencabar iman dan menaikkan amarah.. org "dahlah penat, nak kena buang and bersihkan lak najis2 dia...bau tu tak yah lak nak...alahai... kucing2.".mmg kena sepak dulu ler se'das' dua...tp lepas lepuk kucing2 tu, rasa bersalah lak... yelah dia binatang... mana dia tahu dokk... tp kekadang kena ajar jugak bg jeran... nak tak nak buatlah dan dlm hati yg panas smga Allah mengampunkan dosa2 aku, arwah ibuku dan abahku atas kesabaranku dan bakti aku pd haiwan kesayangan Rasulullah SAW... 
Skrg nie, kucing di rumah saya di senawang dah ada banyak..dlm 15 ekor..induk, jantan dan anak2 nyer... nama2 kucing kami adalah Omey (kucing dtg dan manja..tak suka kena peluk), Abby, Obok (yg comel dan garang..mewarisi perangai si kaklongdah Dae Han (Dae han ler spesis kucing jantan yg plg manja dan penakut teramat... kalu dia kena serang, kalu boleh satu rumah kena jd perisai dan mempertahankan dia.. iulah kucing jantan umah nie...nama obok dan Dae Han diletakkan sempena nama watak heroin dan hero korea dlm drama bersiri KBS), kaklong (sbb dia sulung), Tam-tam (sbb hitam..manja dan suka didukung..kalau dukung pasti akan melentok2 dan rebahkan badan dia kat bahu kita...eeeee... geramnyer kat tam-tam..), shemey (mata dia buta sebelah tp yg plg besar dan berat), uncit(sbb masa kecik2 dia buncit), yoyo (sbb warna kuning), koko (warna coklat) opok (junior Obok..sama bulu...), Backy (sbb dia hitam tp sgt lincah), foreigner (sbb dia kucing pendatang tp yg plg kuat makan dan suka curi susu induk kucing..survivor) dan dua ekor anak Omey yg cadangan nak letak nama Upin dan Ipin (sgt comel dan suka sgt mengiau..pantang sangkar dibuka..nak keluar sokmo..)....tak lupa juga si Bujang..(jantan yg plg di sayangi oleh makcik saya...penakut gak tp dah takder kat umah...g bertapa kott menuntut ilmu silat..hehehe)...
Oklah...stkt nie shj saya bercerita pasal kucing2 saya..sebenarnya, byk pelajaran, ilmu dan pengalaman yg menarik jika kita bela kucing nie...kucing adalah binatang yg penyayang dan setia... dan murah rezeki jika berkongsi rezeki dgn kucing2 nie... itu diakui...kadang2 mengeluh jugak tp bila fikir sebenarnya dlm rezeki kita ada rezeki sesama makhluk Allah, maka InsyaAllah tawakal dgn rezeki Allah... stkt nie takderlah sampai papa kedana krn kucing malahan selalunya dlm kesusahan pasti ada kemudahannya... 
Disini dikongsikan dengan sedikit ilmu mengenai kucing dan air solat...smga sama2lah kita menyayangi sesama makhluk Allah sbb sebenarnya kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain... :)

BULU KUCING ADAKAH IA BERNAJIS..??

Postby emrullah »
salam

Alhamdulillah,

saya dah lihat dalam arkib soal jawab mengenai bulu kucing. bagi salafussoleh, kucing bukanlah binatang yang najis dan ia merupakan umum al bauwa'.

perrsoalan saya,

-betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis.

-bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?

-adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?

- bolehkah pihak panel ahkam kemukakan pendapat yang lewbih rojeh yang harus saya terima, mahupun pendapat ulamak yang mu'tabar tentangnya?

saya menucapkan jutaan terima kasih atas jawapan yang bakal dijawab nati. jazakumullah hu khairan kasira..


*******************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr emrullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

------------
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (ÇáØæÇÝíä Úáíßã) didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------

Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------

Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. :aklam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/Show ... on=FatwaId

2. Prof Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1.cet ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

Pesan saya, sayanglah semua makhluk Allah SWT tidak kisah samada dia manusia, haiwan mahupun pohon2 dan sebagainya.... Jgn hanya kerana mencuri ikan kerana terlalu lapar, maka kucing dipotong kedua2 tangannya...tolong rasional sikit kalau nak marah haiwan... lgpun dia adalah haiwan bukan manusia... kalau kita buat begitu, kitalah haiwan... 
saksikan link dibawah untuk melihat kisah kucing berkenaan... byk lg kezaliman pd haiwan2 ini... tolong hentikan kezaliman anda... Allah tidak redha dan Allah marah kita menyakiti sesama makhluk Allah...


Gambar2 kucing2 saya terkini... 

Nama saya Abby.. Jari kaki saya satu dah tiada..kena potong atau terpotong.. Kesian Abby..!! Nasib baik abah dan makcik cepat2 hantar pergi klinik haiwan...

Nama saya Tam-Tam... Saya suka kena peluk dan dukung.. Tuan2 saya selalu ejek saya tiada leher... Tp tak kisah sbb saya memang comel dan manja...

Nama saya Comey.. Saya dah ada dua ekor anak2 yg comel.. Dulu saya naif ttp selepas saya bergelar ibu saya dah jadi garang.. Kak Long pun saya kejar.. Jgn main2 dgn saya lagi yer..

Kami berdua adalah sepupu...Eh..!! Ye ker..?? Ntah.. Yg penting kami bersaudara dan saling membantu dalam menyusukan anak2 kami...

Namaku Dae Han & Adeyyy.. Saya seekor kucing jantan yg manja dan 'penakuttt'.. Hobi saya adalah tidur dan makan.. Saya tak suka berkongsi, saya suka makan sorang2... 


Lihatlah generasi dan keturunan kami... Kami keturunan yang subur2 belaka... :)

Yang makan tu makan, yang menyusu tak lepaskan peluang 'mendodot'... 

Sayalah pendatang asing itu..Nama saya Foreigner... Saya seorang yang survival dan sgt independent.. Mata saya yang paling cantik sekali..

Inilah anak2 ku kata si Obok...Tak tahu sapa bapak yang sebenar.. Tiga2 ekor semua design yang berbeza... hehehe..


Saya Koko anak si Obok.. Saya mewarisi bulu moyang saya dulu..Comel tak saya..??

Yang nie semua generasi baru kami...

Berehat2 di depan pintu dapur sambil menunggu masa makan... Lapar nyerr...

Dimanakah induk ku..?? huhuhu.. "Aku hanya seorang pendatang..."

Inilah anak2 Comey yang mmg comel... Kutti3x... Saya dah pandai makan tahu...



I love my kucing2 very much.... muah3x....