Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua...?? Hari nie terasa ingin menulis mengenai 'HUBUNGAN'... bila bercakap mengenai hubungan ini, selalunya kita pasti akan kaitkan hubungan antara manusia dengan manusia dan baru hubungan antara manusia dengan Pencipta... atau kadang-kadang kita seakan-akan terlupa hubungan dengan Allah SWT iaitu Pencipta kita yang maha Besar lagi maha Bijaksana... dan saya mungkin hambaNya yang tak terkecuali... kalau tidak, tidak akan manusia itu sentiasa dikaitkan dengan lalai, leka dan mudah lupa...???
Sebenarnya, bila dilihat, direnung, dikaji dan dianalisis (ada lagi tak nak ditambah...?? ) apa yang saya boleh simpulkan adalah sebenarnya membina HUBUNGAN sesama manusia tidaklah sesukar mana pun tetapi yang penting niat dan objektif hubungan tersebut dijalin dan dibina... kita sebagai manusia memang memerlukan antara satu sama lain dan sesama makhluk Allah dalam kehidupan..tiada siapa di dunia ini mampu hidup sendiri dan tidak berhubung dengan sesiapa...kenapa saya kata membina hubungan tidak sukar..?? kerana bagi saya hanya dengan senyuman dan salam (bg yg muslim) dan kata mukadimah cukup untuk membina hubungan...kuatnyer kuasa senyuman ini adalah dari orang yang kita tidak pernah kenal pun pasti akan mesra dengan kita (jika kena dengan gayanyer...)... kalau orang yang kita nak berhubung tidak mulakan dahulu, kitalah yang berperanan untuk memulakan sesuatu hubungan... jadi, apa masalahnya...??? mungkin ramai yang kata mudah tetapi akan ada insan yang kata tidak semua orang sama... "saya susah nak mulakan sesuatu hubungan, saya tidak pandai dalam bab-bab nak berkawan dan sebagainya"...dalam hidup ini, wujudnya perkataan 'TERPAKSA' ada maksudnya.. kalau dah terpaksa, buatlah... tak rugi mencuba untuk berkenal-kenalan dari duduk sahaja dan menanti manusia lain yang menghulurkan dahulu salam perkenalan... buatnye manusia itu pun berfikiran sama macam kita maka siapa yang akan memulakannya...?? kekadang perasaan negetif seperti malu, ego dan takut tidak dilayan perlu dibuang jauh-jauh.. kita menghulurkan salam dan kalau huluran tersebut tidak bersambut, maka think positif... kalau nak berdendam pun, biarlah dendam positif...tak usah panjang-panjangkan... TETAPI bila nak memulakan sesuatu hubungan, pastikan kita bersedia untuk menyesuaikan diri dengan situasi dan kenalan baru kita... manusia kan boleh dikatakan setiap hari melalui proses pembelajaran untuk menjadi khalifah dan ahli masyarakat yang bermanfaat pada sekalian makhlukNya di muka bumi Allah yang permai ini..??
hmm...apa yang sukar mengenai HUBUNGAN..?? MENGEKALKAN sesuatu hubungan yang telah dibina...itulah yang paling sukar untuk dibuat dan saya kurang ilmu dalam mengekalkan hubungan sesama manusia... membaca ada tetapi melaksanakannya...?? cuba bayangkan sesuatu hubungan yang dah terjalin lama sehingga bertahun-tahun boleh berantakan atau hilang begitu sahaja... perasaan rindu ada tetapi ego dan pentingkan diri sendiri 'beraja' dalam hati sehinggakan kita 'ignore' sahaja perhubungan itu... saya juga adalah antara mereka2 yang sukar untuk mengekalkan sesuatu hubungan (persahabatan yer... hubungan suami isteri boleh tempuh lagi.^_^.) disebabkan sikap dan sifat saya yang malas berhubung or calling2x.. kebanyakan kawan2 saya mengeluh dengan sikap saya yang satu ini... saya pun tak tahu... mungkin betul kott.. tapi saya ok dalam bab berhubung cuma kalau by phone saya nie kategori 'berat' sikit... tapi by facebook or emel, ok ajer..sebab kena ngan feveret saya kot, MENULIS... muhahahha... lagi pun kekadang by phone agak terkekang dan takut terlebih2 lak bercakap... kalau menulis nie boleh baca balik and edit mana yg tdk berkenaan... hehehhe...bak kata bidalan "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata padah binasa".. :) Jika ada sesiapa yang mempunyai petua macamana nak mengekalkan hubungan persahabatan, silalah berikan petua anda untuk diamalkan... tapi ketahuilah wahai sahabat2ku, doa untuk kalian sentiasa ada bahagiannya dalam doa2ku... walaupun kalian tiada di mata, tapi hati ini perasaan rindu sentiasa ada... mungkin belum ada izinNya untuk berjumpa lagi... hubungilah diri ini tidak kira bila masa sekalipun...insyaAllah, kenangan bersama kalian sentiasa tersemat indah dalam hati dan ingatan ini... miss all my friends very much...
Ok, kembali kepada tajuk di atas, "habluminallah wa habluminannas"...Hubungan baik dengan Allah, Hubungan baik dengan manusia.... mesti selalu dengar ayat ini kannn...?? cantik ayat itu dan penuh dengan pengajaran dan panduan dalam perhubungan...bila melihat pada ayat diatas, ia lebih merujuk kepada akhlak... kerana bila suatu hubungan dibina, apakah jenis akhlak yang hendak kita paparkan atau tunjukkan atau praktiskan pada kenalan kita...?? bila dirujuk pada ayat di atas, secara umumnya ada tiga kategori akhlak...
1) Baik kepada Allah (mengamalkan perintah-Nya) tetapi bersikap buruk kepada sesama manusia.
2) Baik kepada manusia tetapi bersikap buruk kepada Allah (meninggalkan suruhan-Nya).
3) Baik kepada Allah dan baik kepada sesama manusia.
Yang mana satukah di antara ketiga-tiga kategori sikap di atas yang mahu kita miliki? adakah pertama, kedua atau ketiga...dan sebagai manusia yang dikurniakan dengan akal dan iman yang kukuh dan mantap pasti pilihan ketiga adalah pilihan kita... Baik pada Allah dan baik kepada sesama manusia.... Subhanallah... Alangkah indahnya panduan yang Allah berikan dan Rasulullah tunjukkan...siapa kata Islam mengongkong...?? Islam menyarankan setiap manusia di muka bumi untuk sentiasa menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia tak kisah siapa dia, pekerjaan dia, latarbelakang dia, agama dia mahupun sejarah hidup dia... setiap cara hidup dari pelbagai aspek kehidupan ada panduan dan ciri-ciri yang telah digariskan dalam Islam... perlukan usaha yang banyak untuk belajar dan terus belajar untuk menjadi muslim/muslimah yang sejati...
Berdasarkan ayat di atas, jika kita ingin manusia baik, hormat serta mengasihi kita maka kita perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan Pencipta kita... bagaimana kita nak segala penghormatan dari manusia sedangkan kita tidak menjalinkan hubungan baik dengan Allah swt... kita tidak solat terutamanya solat yang diwajibkan, tidak pernah bersyukur, tidak tutup aurat, riak dan bangga di bumi Allah, tidak menghormati ciptaan Allah apatah lagi nak melakukan ibadah-ibadah lain...ibadah wajib tunggang langgang atau tidak buat langsung inikan pula ibadah sunat, confem tak ada dalam kamus kehidupan...dan pelbagai lagi perbuatan mungkar dilakukan si atas bumi Allah ini... nahhh.... kalau itu yang kita laksanakan, bermaksud kita memang tidak menjaga hubungan dengan Allah...nauzubillah... jadi bagaimana kita nak berbuat baik sesama manusia..?? dan bagaimana Allah nak jaga hubungan kita dengan makhlukNya yang lain...?? kita selalu tamak bab2 hubungan ini... dan ia selalu sehala sahaja... kita hanya tahu meminta sahaja tetapi jarang memberi... ingat Tuhan pada certain2 time ajer... renungilah kisah dibawah ini:
Seorang murud bertanya pada tuan gurunya," Tuan Guru, apakah boleh aku melakukan maksiat?"
Tuan Guru menjawab,"Boleh, kau boleh melakukan maksiat dengan 5 syarat:
PERTAMA: Jangan makan rezeki Allah
KEDUA: Jangan duduk di bumi Allah
KETIGA: Lakukan maksiat di tempat Allah tidak boleh melihatmu
KEEMPAT: Jika datang Malaikat Maut untuk mencabut nyawamu, katakan padanya "Lewatkanlah ajalku untuk aku beramal dan bertaubat
KELIMA: Diakhirat nanti apabila Malaikat Zabaniyyah mengheretmu untuk mencampakkanmu ke api neraka, katakan kepada Malaikat Zabaniyyah,"Tempatku di syurga bukan dineraka"."
Bagaimana....?? terbuat tak maksiat di bumi Allah ini...?? terlalu banyak nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita sebagai hambaNya... Nikmat yang sangat bernilai adalah nikmat lahir sebagai hambaNya yang beragama Islam...tetapi adatlah sebagai seorang manusia, apa yang ada jarang disyukuri tetapi apa yang tiada sering dikisahkan...
"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman (Ayat 13)
Kesimpulan disini adalah, berbuat baiklah dengan Allah yang bermaksud laksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya kerana manusia dan jin dicipta semata-mata untuk beribadah kepada Allah swt, maka hubungan sesama manusia pasti akan terjaga dan kita akan dihormati dan dikasihi oleh seluruh makhlukNya..
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” [Az-Zariat 51:56]
itulah panduan terbaik dalam membina hubungan sesama manusia dimana hubungan dengan Pencipta perlu diperbaiki dari masa ke semasa agar tujuan kita lahir ke bumi ini tercapai..Ingatlah, matlamat kehidupan kita adalah 'kehidupan' di akhirat kelak...Cemerlang nyer kehidupan di dunia, maka gemilanglah kehidupan kita di akhirat sana... Binalah hubungan yang baik sesama manusia kerana setiap manusia ada peranan dan sumbangan dalam kehidupan kita... belajar2lah SENYUM kerana awal tercetusnya sesuatu hubungan adalah dengan senyuman ikhlas yang lahir dari hati yang penuh dengan sifat MAWADDAH... InsyaAllah, semoga hubungan yang dibina berlandaskan keimanan dan kasih sayang keranaNya akan berkekalan dan dirahmati sentiasa... I love u all... take care and wassalam...
Rasulullah Saw Bersabda Bahawa Allah SWT Berfirman:-
“Demi Kemuliaan Dan Kebenaran Ku, Aku Tidak Akan Menghimpun Dua Kali Rasa Takut Atau Aman Bagi Hamba Ku . Siapa Yang Takut Kepada Ku Di Dunia, Maka Aku Aman Kan Dia Di Akhirat Dan Siapa Yang Merasa Aman Dari Ku di dunia, Aku Takutkan Dia di Akhirat” (Kitab Tanbihul Ghafilin)
“Demi Kemuliaan Dan Kebenaran Ku, Aku Tidak Akan Menghimpun Dua Kali Rasa Takut Atau Aman Bagi Hamba Ku . Siapa Yang Takut Kepada Ku Di Dunia, Maka Aku Aman Kan Dia Di Akhirat Dan Siapa Yang Merasa Aman Dari Ku di dunia, Aku Takutkan Dia di Akhirat” (Kitab Tanbihul Ghafilin)
No comments:
Post a Comment