Tuesday, 22 November 2011

Kucing oh Kucing...!! Part 3

Part 3:

Assalamualaikum wbt....
Sambungan kisahku tentang kucing...

Walau bagaimanapun, saya nie pun takderlah sentiasa membelai sahaja kucing saya...ada masanyer pun kucing2 saya nie mencabar gak kesabaran saya... Especially kalu bab2 'membuang' merata2 nie...aduyaiiii... kadang2 balik penat, tgk kucing lak terperangkap dlm rumah then membuang dlm rumah (kecuali nonek..sbb nonek jarang buat hal..sayang nonek..)especially atas tilam, mmg mencabar iman dan menaikkan amarah.. org "dahlah penat, nak kena buang and bersihkan lak najis2 dia...bau tu tak yah lak nak...alahai... kucing2.".mmg kena sepak dulu ler se'das' dua...tp lepas lepuk kucing2 tu, rasa bersalah lak... yelah dia binatang... mana dia tahu dokk... tp kekadang kena ajar jugak bg jeran... nak tak nak buatlah dan dlm hati yg panas smga Allah mengampunkan dosa2 aku, arwah ibuku dan abahku atas kesabaranku dan bakti aku pd haiwan kesayangan Rasulullah SAW... 
Skrg nie, kucing di rumah saya di senawang dah ada banyak..dlm 15 ekor..induk, jantan dan anak2 nyer... nama2 kucing kami adalah Omey (kucing dtg dan manja..tak suka kena peluk), Abby, Obok (yg comel dan garang..mewarisi perangai si kaklongdah Dae Han (Dae han ler spesis kucing jantan yg plg manja dan penakut teramat... kalu dia kena serang, kalu boleh satu rumah kena jd perisai dan mempertahankan dia.. iulah kucing jantan umah nie...nama obok dan Dae Han diletakkan sempena nama watak heroin dan hero korea dlm drama bersiri KBS), kaklong (sbb dia sulung), Tam-tam (sbb hitam..manja dan suka didukung..kalau dukung pasti akan melentok2 dan rebahkan badan dia kat bahu kita...eeeee... geramnyer kat tam-tam..), shemey (mata dia buta sebelah tp yg plg besar dan berat), uncit(sbb masa kecik2 dia buncit), yoyo (sbb warna kuning), koko (warna coklat) opok (junior Obok..sama bulu...), Backy (sbb dia hitam tp sgt lincah), foreigner (sbb dia kucing pendatang tp yg plg kuat makan dan suka curi susu induk kucing..survivor) dan dua ekor anak Omey yg cadangan nak letak nama Upin dan Ipin (sgt comel dan suka sgt mengiau..pantang sangkar dibuka..nak keluar sokmo..)....tak lupa juga si Bujang..(jantan yg plg di sayangi oleh makcik saya...penakut gak tp dah takder kat umah...g bertapa kott menuntut ilmu silat..hehehe)...
Oklah...stkt nie shj saya bercerita pasal kucing2 saya..sebenarnya, byk pelajaran, ilmu dan pengalaman yg menarik jika kita bela kucing nie...kucing adalah binatang yg penyayang dan setia... dan murah rezeki jika berkongsi rezeki dgn kucing2 nie... itu diakui...kadang2 mengeluh jugak tp bila fikir sebenarnya dlm rezeki kita ada rezeki sesama makhluk Allah, maka InsyaAllah tawakal dgn rezeki Allah... stkt nie takderlah sampai papa kedana krn kucing malahan selalunya dlm kesusahan pasti ada kemudahannya... 
Disini dikongsikan dengan sedikit ilmu mengenai kucing dan air solat...smga sama2lah kita menyayangi sesama makhluk Allah sbb sebenarnya kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain... :)

BULU KUCING ADAKAH IA BERNAJIS..??

Postby emrullah »
salam

Alhamdulillah,

saya dah lihat dalam arkib soal jawab mengenai bulu kucing. bagi salafussoleh, kucing bukanlah binatang yang najis dan ia merupakan umum al bauwa'.

perrsoalan saya,

-betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis.

-bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?

-adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?

- bolehkah pihak panel ahkam kemukakan pendapat yang lewbih rojeh yang harus saya terima, mahupun pendapat ulamak yang mu'tabar tentangnya?

saya menucapkan jutaan terima kasih atas jawapan yang bakal dijawab nati. jazakumullah hu khairan kasira..


*******************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr emrullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.

Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-

"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).

Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]

------------
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (ÇáØæÇÝíä Úáíßã) didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.

Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :

"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------

Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :

Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?

Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..

sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------

Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. :aklam.

wassalam
========
Rujukan :

1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/Show ... on=FatwaId

2. Prof Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1.cet ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

Pesan saya, sayanglah semua makhluk Allah SWT tidak kisah samada dia manusia, haiwan mahupun pohon2 dan sebagainya.... Jgn hanya kerana mencuri ikan kerana terlalu lapar, maka kucing dipotong kedua2 tangannya...tolong rasional sikit kalau nak marah haiwan... lgpun dia adalah haiwan bukan manusia... kalau kita buat begitu, kitalah haiwan... 
saksikan link dibawah untuk melihat kisah kucing berkenaan... byk lg kezaliman pd haiwan2 ini... tolong hentikan kezaliman anda... Allah tidak redha dan Allah marah kita menyakiti sesama makhluk Allah...


Gambar2 kucing2 saya terkini... 

Nama saya Abby.. Jari kaki saya satu dah tiada..kena potong atau terpotong.. Kesian Abby..!! Nasib baik abah dan makcik cepat2 hantar pergi klinik haiwan...

Nama saya Tam-Tam... Saya suka kena peluk dan dukung.. Tuan2 saya selalu ejek saya tiada leher... Tp tak kisah sbb saya memang comel dan manja...

Nama saya Comey.. Saya dah ada dua ekor anak2 yg comel.. Dulu saya naif ttp selepas saya bergelar ibu saya dah jadi garang.. Kak Long pun saya kejar.. Jgn main2 dgn saya lagi yer..

Kami berdua adalah sepupu...Eh..!! Ye ker..?? Ntah.. Yg penting kami bersaudara dan saling membantu dalam menyusukan anak2 kami...

Namaku Dae Han & Adeyyy.. Saya seekor kucing jantan yg manja dan 'penakuttt'.. Hobi saya adalah tidur dan makan.. Saya tak suka berkongsi, saya suka makan sorang2... 


Lihatlah generasi dan keturunan kami... Kami keturunan yang subur2 belaka... :)

Yang makan tu makan, yang menyusu tak lepaskan peluang 'mendodot'... 

Sayalah pendatang asing itu..Nama saya Foreigner... Saya seorang yang survival dan sgt independent.. Mata saya yang paling cantik sekali..

Inilah anak2 ku kata si Obok...Tak tahu sapa bapak yang sebenar.. Tiga2 ekor semua design yang berbeza... hehehe..


Saya Koko anak si Obok.. Saya mewarisi bulu moyang saya dulu..Comel tak saya..??

Yang nie semua generasi baru kami...

Berehat2 di depan pintu dapur sambil menunggu masa makan... Lapar nyerr...

Dimanakah induk ku..?? huhuhu.. "Aku hanya seorang pendatang..."

Inilah anak2 Comey yang mmg comel... Kutti3x... Saya dah pandai makan tahu...



I love my kucing2 very much.... muah3x.... 


Kucing oh Kucing...!! Part 2

Part 2......

Assalamualaikum WBT...
Sambungan part 2:

Ok... lepas arwah nenek meninggal, rumah itu telah diduduki oleh mak usu ku@busu (mak saudara yg paling rapat dan sgt dikasihi..kelembutannya, kasih sayangnya dan keprihatinannya spt menggantikan ibu kpd kami adik beradik..i Love u very much Busu) dan keluarganya..
Pada tahun 2002, masa tu kami buat praktikal kat organisasi awam di seremban utk tempoh 6 bulan... masa kami buat praktikal, Busu dlm pantang anak yg kedua si Ismul@emoii... masa tu Pak usu bawak balik anak kucing dr royal bintang tak silap saya... pak usu keje kat hotel as chef masakan Jepun...nak order..?? sila3x.. Kucing nie masa mula2 dtg sgt2 bising dan asyik mengiau ajer... dah ler nyaring ngiau nyer..bingit telinga rasanyer... masa tu saya and busu geram ajer kat pak usu..."bakperlah bawak balik anak kucing nie...bising ler.."... mgkn dia bising sbb lapar dan haus..yelah, mgkn tak jumpa makanan... so, pak usu dan busu merawatlah anak kucing tu dan saya jadi assistant nyer... muhahaha... kami ajar dia minum pakai straw mula2 nyer, then tgk cam tak cukup maka tukar ke botol susu kecil dgn puting warna oren tu(lembut sikit).. so, bab beli susu kucing adalah tugas saya manakala pak usu beli makanan dia... 

Giniler rupa si Joe dan gini gak ler perangai dia....



Ginilah gayanyer si Joe menyusu...

maka si Joe nie membesarlah dgn kasih sayang yg sepenuhnya dicurahkan kpd dia..almaklumlah, sejak2 arwah nenek meninggal byk kucing hilang atau mati..ada yg terpaksa dibuang sbb 'menabur' (sedih giler tp terpaksa)... Joe nie fizikal dia pelik sikit... dia nyer fizikal dpn kucing manakala blkg dia bentuk arnab.. so, kami anggap dia spesis kucing-arnab... Joe nie kuat terkejut (sbb tu suka terperanjat kan dia...hehehe).. bila dia terkejut, maka dia akan melompat setinggi alam (setinggi yg dia mampu)... lg satu, dia suka berlari cam org tak betul..lari sana..lari sini..tp masalahnyer dia tak der break... break dia adalah menghemtamkan badan dia ke dinding atau mana2 ug boleh tahan dia... muhahhaha... mmg suka usik dia... masa tu anak busu pun baby lg.. busu pernak citer, masa Joe makan di dapur, Busu tgh masak, busu minta tlg Joe tgkkan anak dia.. Joe ni mcm faham and pergi ke depan and dok tepi2 baby tp tak sentuh pun... bila busu habis masak, then Joe g dapur and sambung makan... boleh harapkan..?? :)
Rutin si Joe nie adalah, pg lepas busu (selalunyer) solat subuh, dia pasti akan mengiau2 nakkan susu botol dia.. selagi busu tak bancuh selagi tu dia akan gigit2 kaki busu.. terpaksalah bancuh...tp bila dia menyusu, tak perlu pegang sbb dia akan duduk antara sofa dan bila kita bg botol tu, dia akan pegang ngan kaki dan tgn dia.. dia akan khusyu menyusu sampai telinga dia bergerak2 mengikut dodotan dia... lps menyusu, dia akan campakkan botol dia akan g exercise kat luar laman... bab akan mmg takder masalah..dia sental apa yg diberi.. kalu dia demam (kami akan perasan), maka akan pecahkan panadol setengah biji dan masukkan dlm susu dia, then selimut dia sampai ke leher... dia akan tidur pulas sampai ptg (atau kebah).. bila dah ok, dia akan bgn dan melaksanakan tugas2 rutin dia... rindu nyer kat Joe..kami tak tahu dia hidup atau mati sbb hilang begitu shj walaupun habis satu kg sepupu2 kami mencarinyer...org selalu kata, kalu kucing yg kita sayang, dia akan mati jauh dr kita..mgkn sbb dia tak nak kita bersedih kot... dan yg penting jalinan kasih sayang antara Joe ngan busu mmg erat sbb mana org yg busu 'kureng' sikit (atas alasan2 tertentu..) pasti Joe tahu dan tak bg individu tersebut naik ke rumah... kalu naik confem dia akan gigit sampai menjerit2 individu tersebut... dan hehehhe... sepanjang Joe ada, individu tersebut jarang naik adn kalu naik kami terpaksa pegang Joe yg akan menderam2 kemarahan....Joe..Joe.. (sambil geleng kepala).. :)
Hari berganti hari, masa berganti masa, maka byk dah kucing di rumah saya...tp bukan dirumah nenek tp kami dah berpindah ke rumah abah di Senawang... Pernah terjadi di rumah kami kucing sampai 25 ekor... tp yelah, mgkn Allah lebih sayang pd mereka, dr 25 ekor, tgl bbrp ekor shj...itupun iduk2 dia ajer...mcm2 perangai kucing nie... antaranyer yg mmg akan 'membuang' dlm toilet... so, pg2 terpaksalah beratur nak masuk toilet ngan kucing...tp kucing ler priority... selagi tak bukak pintu toilet, selagi tu dia akan mencakar2 pintu tu... bila mereka 'membuang' jgn dilihat...rupa2nyer kucing nie ada perasaaan malu yg tebal juga...selagi dilihat selagi tu dia tak 'memproses'... selaluler abah menjerit2 kat depan pintu toilet....muhahaha...
Nonek... klasik tak nama dia...nonek adalah kucing yg plg saya sayang slps Joe. musang and shafeq... kenapa..?? sbb sahabat saya masa tu tgh sambung master di UiTM shah alam.. so, saya selalu akan duduk sorang2 kat umah masa cuti..siapa peneman saya yg setia...Nonek ler...nonek kucing betina... selalu jadi mangsa saya.. ladang2 bila marah, geram, sedih..saya akan lepaskan nyer pd nonek...dan nonek dgn setianya akan memandang saya dan terus memandang...seolah2 faham apa yg saya rasa... kalau saya g pasar, pasti saya akan beli ikan freash utk nonek dan balik rebus utk dia... kalu saya happy, maka noneklah yg saya akan peluk...dan kalu saya sepi and rasa nak org teman tido, maka nonek jugaklah yg setia tido di kaki saya... masa saya berpindah ke Kelantan dan terpaksa tinggalkan nonek(tak mahu dia berpisah dr komuniti dan pakwe dia kat SP), saya sgt sedih...Johana kata "bawaklah sekali"..tp saya berdegil sbb saya tahu, disinilah tmpt nonek dan biarlah dia terus di situ..saya pesan mcm2 kat jiran sebelah rumah yg sgt2 membantu dlm jaga nonek kalu saya balik kg...dan saya percaya jiran saya mampu mengasihi nonek mcm mana saya..anak dia pun suka nonekk..jd apa yg saya nak risaukan lg...?? 
masa saya mula2 berada di Kelantan, saya sgt rindukan nonek dan sentiasa menangis bila teringatkat nonek.. kawan saya jadi risau tgk saya...(tgh taip nie pun menangis sbb rindu sgt kat nonek...huhuhu..)... hari2 saya teringat kat nonek dan menyesal tak bawak nonek sekali... dialah penawar hati saya dan teman yg setia dlm suka dan duka... renungan dia menunjukkan di prihatin...gesel2an nyer di kaki dan tgn menunjukkan dia sayang2 sgt pd saya..dan bila balik keje, nombor satu yg saya akan dapatkan adalah nonek...



Ginilah rupanyer Nonek dan gitu jugaklah rupa anak2 dia..bapak kucing dominan... anak jantan dia suka makan coklat dan bila saya makan coklat dia pasti akan cium mulut saya dan pukul2 dgn tangan halusnyer utk dptkan coklat dlm mulut saya... indahnyer saat itu...saat berebut coklat dgn kucing... :(

satu kisah berkenaan kasih sayang antara ibu dan anak2 y ditunjukkan oleh nonek...masa cuti, saya pun bersihkan laman rumah... masa tu anak nonek dua ekor tgh main2 di laman rumah dan saya seronok tgk diaorg main sambil menyapu sampah... nonek ada kat dapur tgh makan... dlm seronok2 tgk anak2 kucing main saya tak sedar kereta kawan saya nak masuk ke rumah...(pintu gate terbuka masa tu..).. kawan saya nie br dpt lesen so paham2 ajerlah kalu bawak kete tu...kalut nak tekan break and gear... saya mmg tak sempat nak lari selamatkan anak2 kucing tersebut tp SUBHANALLAH, nonek berlari dgn lajunyer dr dapur yg nun hujung kat blkg dan terus menampar@menolak anaknyer ke tepi..terguling2 budak2 tu kena tolak ngan ibunyer nonek ke atas rumput tepi garaj...then saya tgk nonek mengiau2 bising sambil perhati dgn tajam ke muka anak2 nyer...anak2nyer yg terkejut hanya mampu pandang ajer ibunyer yg marah2..then nonek g dapur and sambung makan semula...dari pemerhatian saya, nonek merupakan antara ibu yg plg penyayang dan akan berada dimana2 bila anak2nya dlm bahaya... sampai saya pun tak sedar bila dia muncul...byk kisah saya ngan nonek nie... Nonek...saya rindukan dirimu nonek... :(
masa di Kelantan pun saya bela anak kucing dan ada antara anak kucing tu mati depan saya sebab sakit...tp yg tersentuh hati sbb masa kucing tu nak mati, saya cuba merawat dia sebaik mgkn agar ada harapan utk dia hidup...sblm dia nak 'pergi' tinggalkan saya.. dia melihat saya dgn renungan yg sayu dan lama... masa tu saya mmg tak dpt nak tahan air mata dan nangis di situ jugak..renungannyer seolah2 nak beritahu saya "terima kasih dan saya sayangkan tuan saya"... tak lama lepas tu dia pun mati dan saya tanam depan rumah sewa saya... 

inilah rupanyer kucing yg tinggalkan saya dgn pandangan yg sgt sayu...huhuhu...pergilah sayang...!!

Kita sambung ke Part 3...

Kucing oh Kucing...!! Part 1

Part 1...


Assalamualaikum wbt... :)

Pekabo semua...:: Smga kita semua sentiasa berada dalam lindungan Allah swt... Masih lagi demam bola...?? hehehe... takper2x.. teruskan dgn kegembiraan anda... jgn lupa, perjuangan belum selesai... byk lg perlawanan yg menunggu team Harimau Malaya... Smga pasukan Malaysia terus cemerlang dan memahat nama di peringkat antarabangsa... Bravo3x... :)
Oklah, kali nie, saya nak citer pasal kucing lak... citer pasal family tu tangguhkan dahulu sbb terlampau byk kenangan2 bersama2 keluarga... Macam2 rasa ada... so, kena ambik masa dan feels dahulu... tapi kucing..?? Kenapa nak citer pasal kucing lak..?? sbb selain manusia, kucing jugalah antara sahabat yang terbaik dan jika dilihat, kucinglah selalu berada disisi kita saat susah dan senang... tak percaya...??cubalah sayangi mereka..
so, mana nak mula...?? hmm...actually, saya adalah peminat dan sgt2 sayangkan kucing... tak kisah dimana saya berada, negeri mana saya berhijrah (tuntutan kerjaya) dan dgn siapa saya berkongsi rumah sewa, kucing tetap saya akan bela... walaupun seekor... sunyi rasanyer rumah kalu takder kucing, tak melihat keleteh kucing, tak belai mereka, dan mengusik mereka semasa nak bg makan..selalu acah2 mereka sblm bg makan... muhahhaha...sahabat saya Johana Ishak (miss u buddy) selalu tegur saya bab2 tu..bukan zalim tp suka tgk 'eager' mereka nakkan makanan... tp masa mereka tgh makan, itulah antara kepuasan melihat kucing2... betapa mereka makan dgn penuh komitmen and fokus... dan yg paling saya suka tgk masa mereka kenyang, jilat2 badan mereka dan seterusnya mencari tmpat yg selesa utk 'landing'... Selalu cakap kat kucing2 belaan saya "Kenyang dah ko, berlengkar..nak kata ular  tp kucing...sama ajerlah...".. tapi hati sgt2 puas .. yelah dpt berkongsi rezeki dgn makhluk Allah..haiwan kesayangan Rasulullah... disini kami berkongsi sepotong kisah antara Nabi Muhammad SAW dan kucing..


Cerita Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.

Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong Mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

nahhh...lihat... betapa kucing juga mendapat penghargaan untuk berada disisi Rasulullah SAW iaitu Kekasih Allah....kenapa lak kita nak membenci haiwan ini dan menzalimi mereka...??

Berikut ada lagi kisah mengenai kucing...


Kucing yang memberi inspirasi bagi para sufi.

Seorang Sufi ternama bernama Ibnu Bashad yang hidup pada abad ke sepuluh bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota kairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam ibnu bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah kumuh, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyodorkan sepotong daging yang diberikan ibnu bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya. hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.

Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, ia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya. Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahwa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan dzikir kalimah Allah.


Banyak kisah-kisah mengenai kucing dalam sirah Rasulullah SAW, para sahabat, keluarga mahupun alim ulamak dan ahli sufi..tiada yg mustahil pada zaman teknologi ini untuk mendapatkan maklumat2 tersebut...taip ajer kat google...then pilih and baca...lg dibaca makin kasih dan berazam utk menjaga kucing2 ini sebaik mgkn [walaupun kekadang tu baran gak nak melayan karenah depa2 nie...gerammmm...tp sayangggg...]...

Berikut merupakan hadis Rasulullah saw mengenai kucing...:

Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.
Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti abubakar shiddiq, istri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdurrahman bin sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.


Baiklah...tujuan asal saya adalah untuk menceritakan mengenai kucing saya... Mula2 saya kenal makhluk Allah tu adalah kucing, saya dah sayang pada mereka...Kucing yg mula2 saya kenal bernama Ah Joe dan Benjo...Seekor kucing parsi dgn mata biru nyer manakal sekor lagi kucing tempatan... Mmg sgt berbeza perangai dan sikap.. Benjo seekor yg garang sehingga kaki saya berapa kali kena gigt dgn dia sampai berdarah (padan muka saya jugak suka sgt kacau dia...).. Benjo pantang org kacau dia berehat, pasti dikejarnya..dek saya mmg nakal masa kecil2, so mmg suka main kejar2 ngan Benjo...Manakala Ah Joe adalah kucing parsi yang sgt manja tp sgt pasif... bayangkan, kalau tikus makan makanan dia, dia lak yg jadi 'tikus'... dok mengiau minta tlg halaukan... oh pleaseeeee...kalu ikutkan mmg ler geram...tp nak buat camner...itulah perangai kucing parsi... 

Comel..comel...!!

Then selepas arwah mak telah meninggalkan kami, maka bermula hidup di rumah nenek...rumah nenek pun ada kucing...Antara nama kucing2 yg ada dirumah nenek adalah Saloma, Sarimah, Musang, Shafeq, Sharifah Aini, Tupai dan Joe (best tak nama2 kucing kami..??)... Ada lagi tp itulah yang kami ingat sgt2...
Semasa nenek masih hidup, ada gak arwah nenek cerita pasal kisah2 kucing dia...masa zaman susah2 dulu (zaman dolu2), kucing gak yg bantu mereka... Ada sekor kucing yg mengambil ikan kering yang dijemurkan oleh jiran sebelah...sekor..sekor ikan tu dia ambik dan yg bagusnya ikan tu tak terjejas pun... lebih kurang dlm lima ekor, maka menggulai ler ikan tersebut menjadi hidangan keluarga... muhhahaha... ada gak kucing yg bertungkus lumus mencari rezeki utk tuannya yer...tp yelah, zaman susah2 dulu... semua makanan adalah rezeki..tp masa skrg jgn ler diamalkan...tak baik dan tek elok tuu.... :)
Then Shafeq, kucing warnan oren yg belang2 cam harimau... Shafeq bermaksud penyayang... dan kucing inilah antara kucing yg sgt disayangi oleh arwah nenek... shafeq dgn nenek suka sgt bergaduh berebut kerusi kecil depan TV...

Ginilah ghomannyer kerusi kecil yg direbut tu tp kecil lagi ler... utk budak2 baru belajar nak duduk... :)


Bila nenek nak duduk ajer, terus si Shafeq melompat dan pura2 tidur...boleh bayangkan tak nakal nyer si shafq nie..?? nenek apa lagi, mengamuk ler sbb dia nak duduk... biar pun digoyangkan kerusi tu, si shafeq hanya membantu dirinya sahaja sampai last sekali nenek fed-up and duduk bawah... dlm hati dia mesti kata.." Yessss...aku menang lagi... 3-1..".. muhahaha... walaupun suka buat nenek marah dgn 'peel' nyer, tp bila nenek baring2 and suruh shafeq picit2 kaki dia, Subhanallah, shafeq ikut shj tanpa bantahan...Oh yer..Shafeq kucing jantan yer... dialog nenej,"Shafeq, tolong urut kaki nenek mehh.."...Shafeq pun akan pijak2 dan urut2 kaki nenek dgn kaki dan tgn dia yg comel..disitulah nampak akan keeratan dan saling bantu membantu antara tuan dan kucing belaan... nenek suka shafeq urut dan arwah selalu kata berasa bila si Shafeq urut... dan satu lagi pasal Shafeq, sbb erti nama dia 'penyayang' walaupun dia jantan, bila ibu kucing tak mahu bela mahupun menetekkan anak2nyer lg, maka si Shafeq nie ler yg jg...sampai basah2 dada Shafeq kena 'dodot' ngan anak2 kucing yg tak tahu apa..Then Shafeq akan jilat2 dan mandikan 'anak2 kucing' itu persis seekor ibu kucing menjaga dan membelai kucingnyer..Shafeq, kami sayang awak.. huhuhu..

Giniler rupanyer si Shafeq 'penyayang' itu..yang cam warna oren tu...

Then, Musang...inilah kucing yang telah menyelamatkan saya...saya sgt menghargai baktimu... huhuhu..:( 

Giniler rupanyer si Musang...Tp sbb dia betina, fizikal dia kecil sikit tp muka bengis...

kenapa saya kata di 'wira' saya..?? Gini kisahnyer... Rumah nenek saya atas bukit and byk hutan2 di blkg nyer...dannnn...depan rumah nenek saya kubur.. buka pintu confem nampak kubur dulu...bukak pintu blkg confem nampak hutan dulu...boleh bayangkan...?? so, sebelah dapur ada dapur kayu (sebab arwah nenek berniaga kuih-muih)... saya lak mmg dah rabun..so, masa saya basuh pinggan, saya bukak pintu dapur menghadap ke dapur kayu...then, saya nampak benda berkilat2..tp buat tak tahu ajer..almaklumlah rabun... sblm saya basuh pinggan, saya bg kucing makan dulu.. tp saya heran mengapalah di Musang tak naik2 then dok antara saya ngan benda berkilat2 tu... dia nampak cam dlm posisi menyerang atau bertahan... saya punya 'lurus' ler nak g ler tgk benda gapo tu..?? Subhanallah...bila saya nak turun ajer, terus si Musang terkam musuhnyer dan berlakulah pergelutan yg 'serius'... Rupa2nyer, benda berkilat2 tu adalah ular tedung yg dah berdiri tegak dan bersedia utk menerkam...jaraknyer dgn saya pun agak dekat dan ditengah2nya ada si musang... Apa lagi, saya terus menjerit dan panggil abah saya...kebetulan abah ada dirumah sbb balik utk makan tengahari and adik2 saya kot (tak ingat sgt siapa yg ada..tp confem abah ada)... abah pun turun bawah and bawak buluh utk bantu si musang....Alhamdulillah, ular bila dah kena pukul ngan buluh confem mati dokk.. Nenek suruh abah ambik bangkai ular tu dan bakar terus.. yelah, ular nie binatang berdendam... Saya tgk si Musang 'cool' ajer lepas bergelut dan siap jilat2 bulu dia... Ya Allah, kalu tak der musang dan saya turun, adakah saya yg kadi mangsanyer...lepas kejadian tu, saya mmg tak leh tidur sgt dan trauma..terasa2 mcm keluarga ular itu nak balas dendam.. musang ok dan sihat ajer... Thanks Musang dearie.. yg kucing2 sezaman dgn musang mmg berani... suka bawak balik anak ular, ular daun, anak biawak, musang dan mcm2 lg ke rumah...kadang2 tgh nak solat tgk kat depan ada ular...ishkkk...walaupun dah mati, confem tak solat kat situ... kucing3x... ko ler pengawal rumah dari sbrg haiwan2 yg berbisa... mmg saya tak takut ler dok rumah nenek... boleh bayangkan tak kenapa saya sgt2 menghargai kucing...??
Masih lagi mampu nak membaca... kalu Cik Asra menulis, confem panjang...itu diakui oleh sahabatku Johana Ishak yg suka bg tugas menulis kpd saya...sahabat, kau tahu dimana potensi ku dan minat ku... :)

Takperlah...kita sambung ke Part 2... panjang sgt lak..karang mesti bosan korang nak baca....

Part 2......

Monday, 21 November 2011

Bravo Harimau Malaya Muda...!!

Assalamualaikum wbt....
Hmm..lama dah tak update blog nie...:) Rasa 'gatal' ajer tgn nak menulis tp disebabkan kekangan masa dan pelbagai 'aral' yang melintang dan membujur, maka terpaksalah garu2 ajer tgn yg gatal itu...Hari nie saya MC disebabkan tak sihat, maka mengadaplah laptop adik (sepanjang hidup tak pernah ada laptop sendiri) untuk menulis...
Saya nak berkongsi perasaan saya semasa menonton perlawanan bola antara Indonesia (Garuda) ngan Malaysia (Harimau) semalam... 


Harimau Vs Garuda

Wowwweeee...mmg game semalam adalah antara game yg sangat2 dramatik dan sgt2 melelahkan...kita tgk dah lelah inikan pula yang bermain... masa mula2 Garuda skor goal terus saya tukar channel lain...cam mmg tak ada harapan untuk menang...yelah...tgk lah keliling penuh warna merah...tertanya2..."mampukah Malaysia bertahan dan teruskan perjuangan...??".. Walaupun Malaysia pernah bermain di stadium yang sama dan menang, tapi perasaan cuak tu ttp ada... Kalu ler ada sakit jantung mmg kena 'beware' ler.. takut terpengsan lak... 


Cuba teka siapa ini...?? :)

Walaupun tidur-tidur ayam disebabkan kesihatan agak kurang mengizinkan tapi bila Malaysia skor goal penyamaan melalui Asrarudin (ASRA) iaitu player no.6, terus segar mata...Yessss...still ada harapan...Yg lagi semangatnya sbb yang menjaringkannya ada ASRA (my name is Asra..sukanyer3x)...rasa mcm saya ajer yg tanduk bola tu ke gawang lawan... Goalllllll... rasa bergegar satu Malaysia dgn jeritan tersebut...Good boys... :) 


Gol pertama Malaysia

Lepas dah jaringan tersebut duduk, baring, duduk, baring dan duduk... mcm2 gaya dibuat utk dpt keselesaan utk menonton disebabkan kepala mcm ada batu dok bertenggek kat atasnya... sakit sgt2... demi semangat Harimau Malaya, saya tak kisah...
Sepanjang 120 minit pemain2 bolasepak ini bermain, nampak mereka dah keletihan sehingga kekadang bola pun tak larat nak bawak...bola tu dah mcm graf ajer... turun naik tp still matlamat utk sumbatkan goal tak tercapai... rasa2nyer bukan saya ajer yg kasihan dan simpati tgk mereka yg berjuang berhabis2an demi emas bg maruah negara masing2, mungkin semua penonton semalam bersetuju ngan perasaan saya... dalam hati pun dok kata.."Takperlah Harimau Malaya, kalau korang dapat perak pun kami semua still respect and kagum dgn anda"... rasa mcm nak ajer kata kat mereka, biarlah kalu dah nasib mereka menang...
Waduhhh...!! aku pulak yang hilang semangat berjuang...bukan hilang tapi rasa tak sanggup tgk mereka berhempas pulas dan bermati2an berjuang di atas padang... entahlah...mcm2 rasa yang hadir dlm hati ini....dari 90 minit main, diheret ke 30 minit lg masa tambahan, dan akhir sekali sepakan penalti...tanya kat abah, kalu masih lagi draw..so, abah jawan SUDDEN DEATH lak.... ok..ok... aku berdoa sangat2 agar masa tambahan 30 minit cepat berlalu... Alhamdulillah... masih kekal 1-1... Well done boys.... u did a very good job..


Aksi-aksi menarik Apek..

So, sampai ke peringkat jaringan penalti... masa nie saya tak kisah sebab memang percaya akan kredibiliti dan ketangkasan Apek untuk menjaga gawang goal dari dibolosi.. Dah byk games yg menunjukkan kemampuan Apek..aku pun tersenyum sbb pada masa ini hati aku berkata, "InsyaAllah, Malaysia pasti menjadi johan nyer...emas dalam genggaman.."
Yesssss.... akhirnya...Kredit kepada Baddrol...kapten Harimau Malaya yg very 'cool' tp sgt rajin dan tangkas di atas padang.... Semasa Player no.13 ambil sepakan penalti mmg saya tidak yakin langsung..Dan tepat sangkaan saya...bolanyer lemah dan meleret...nak buek camnerr..?? Bukan rezeki dia...sabar ajerlah... Tapi bila Baddrol yang ambik sepakan penalti terakhir, mmg saya dah rasa emas dlm genggaman... Yesssss.... Goalllllllll..... ambik ko Garuda...rasakan sepakan si Harimau...sila lihat gambar dibawah... dan kredit juga pada Apek kerana telah selamatkan dua goal dr bolos... Give a very big hand to Apek...


Gemuruh jiwa...semangat membara... hepp..hepp..hooray....!!


Rasa2nya tak keterlaluan utk dikatakan antara pemain yang meledak dan perlu dihargai atas usaha dan kebijaksanaannya mencetus kemenangan kepada Malaysia adalah Baddrol.... Terima kasih Baddrol.. Kau mmg 'Hero Malaya'...bak kata kawan saya si Keyo, "ekjes selalu"... Idokler sampai tahap gitu nak adjust...hehhehe... Respect atas kredibilitinya sbg Kapten Harimau Malaya Muda... :)


Siapa yang tak kenal Baddrol... Nie lah di 'Hero Malaya'...

Selain Baddrol, ucapan terima kasih juga perlu diberikan kepada Apek (jasamu amat dihargai) yg mmg tak perlu disangkal kehebatannya sebagai penjaga gol terbaik Asia Tenggara, Asrarudin (terima kasih kerana mengharumkan nama Asra), Muslim (mmg respect giler ngan Muslim) defender terbaik Harimau Malaya, Guru (slps Kunalan Guru lah pemain kebangganku), Shahrul, Thamil, dan semualah player Harimau Malaya Muda...   

  
                                        Team Harimau Malaya Muda Yang Dikagumi...!!


Saat gembira team Harimau Malaya Muda meraikan kejayaan mereka..kalian mmg kebanggaan negara..

"Udah-udahlah...jgn bersedih..adat permainan..insyaAllah, jika ada rezeki kita berjumpa lagi... yg penting kita bersatu melalui permainan... kitakan serumpun..."

Walaubagaimanapun, seperti kata bidalan "rumah dah siap, pahat masih berbunyi".. biarlah pahat nak berbunyi sekalipun.. dan ada juga kematian pada rakyat Indonesia yg mati kena pijak...jika arwah adalah muslim, sedekahkanlah Al-fatihah... simpati atas kejadian tersebut... smga dilain kali, perkara2 dukacita begini dpt dielakkan... :(
Terdapat juga pelbagai sejarah mengenai asal munculnya bolasepak di dunia..dan antaranya adalah berkaitan dgn sejarah Islam... hmm.. sesiapa yg ada fakta kukuh ttg asalnya permainan ini mgkn bolehlah berkongsi pendapat dan dapatan anda... yg penting, dm keghairahan kita menyokong bolasepak, jgn sampai dilupakan akan Pencipta kita... Solat perlu ditunaikan walau apa jua keadaan sekalipun... Jgn kerana bola maka solat dan iman kita pun bagaikan bola... Jika tidak, rugilah kita sebagai seorang Muslim dan bertepuk tanganlah para syaitan... 'bagus..anda semua adalah dalam glonganku [kata si syaitan]".. rugi..rugi..rugi..kita as a Muslim... jgn gadaikan iman krn sebiji bola... buat apa2 jadik lps games tersebut kat anda, camno..?? sapa nak jawab... "Hutang pada Allah tak berbayar.."
Akhir kata, "Majulah sukan untuk negara"...dan kepada team harimau Malaya...I'm proud of you... Smga team bimbingan Ong Kim Swee terus cemerlang di persada antarabangsa... Tahniah Ong Kim Swee... andalah coach terbaik di Asia Tenggara... Teruskan mencari idea dan strategi untuk memantapkan pasukan bolasepak negara...smga selepas ini, malaysia layak pula beraksi di sukan Olimpik... InsyaAllah... : "Nothing impossible"...
Merenung jauh ke hadapan...!!

Take care ...!! Wassalam... :)