Panjangnyer istilah saya mengenai teman dan sahabat... Kalau ikut susunan hirarki, TEMAN, SAHABAT dan KAWAN... Kenapa TEMAN di atas...?? Sebab bagi saya teman ini boleh jadi sahabat malahan meluas lagi peranan TEMAN ini... Tapi sahabat adalah sahabat dan pada certain2 part, sahabat tidak boleh menjadi teman... hehehe... Iyeker..?? Lain manusia lain pendapat... Betul tak..?? :)
Saya juga merupakan insan yang memerlukan teman dan sahabat dalam kehidupan...Kawan boleh dicari dan diganti mengikut masa, tempat dan suasana... Tapi teman dan sahabat... InsyaAllah, biarlah ia berkekalan sehingga ke akhirnya... Sesuatu persahabatan yang dijalinkan kerana Allah SWT pasti ia merupakan hubungan yang ikhlas tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi... Sebarang permasalahan dalam persahabatan pasti dapat ditangani dengan perasaan yang rasional dan terbuka disebabkan kasih sayang (mawaddah) terhadap perhubungan itu... Sebarang isu juga dapat diterima dengan terbuka... Seperti kata-kata indah ini, "Segala kebaikan sahabat/insan catatlah pada batu agar jika disirami dengan air pasti kebaikan itu akan kekal selamanya, tetapi segala keburukan/kejahatan sabahat/manusia catatkanlah pada pasir, jika datangnya air maka segala kenburukan/kejahatan pasti akan terpadam'... Kalaulah setiap sahabat mampu berbuat seperti kata-kata tersebut, maka lagi bahagialah jalinan persahabatan itu... Tapi mampukah kita jadi sebaik itu terutama pada akhir zaman ini...?? zaman yang manusia sentiasa hidup dengan andaian-andaian dan kata-kata fitnah tanpa ada inisiatif untuk menyiasatnya terlebih dahulu... Kadang-kadang kasihan melihat sesuatu persahabatan yang terjalin begitu lama 'Kedebommm' musnah begitu sahaja disebabkan lebih mempercayai kata-kata 'syaitan' yang tidak senang dengan 'mawaddah' dalam hubungan itu.. akhirnya siapa yang merana...?? 'Syaitan' tersebut pun bertepuk tangan dan tinggalkan kita begitu sahaja menyesali akan keterlanjuran kita... 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata musnah binasa'... Hayatilah kata-kata pesanan Imam Luqmanul Hakim. " Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal."...
Saya mempunyai ramai kawan tetapi sahabat... biarlah hanya diri ini yang tahu berapa bilangannya..Yang pasti tidak ramai tetapi mana sahabat yang ada benar-benar adalah SAHABAT saya, InsyaAllah dunia dan akhirat... Saya benar-benar sayangkan sahabat-sahabat saya dan walaupun ada antaranya jarang saya hubungi tapi ketahuilah wahai sahabat 'Engkau sentiasa di hatiku..'..Segala kenangan-kenangan bersama tak pernah padam malahan kadang-kadang bila teringat rasa rindu sangat.... Mana-mana sahabat yang masih lagi bersama-sama saya dan aktif berhubung, anda memang 'The Best' and 'My Beloved Forever'... :)
Hayatilah lagu di atas, dan lagu ini memang best... :) Kaulah Teman, Kaulah Sahabat... Semoga semua manusia dikurniakan dengan perasaan kasih sayang antara sesama insan... Dan kepada sahabat-sahabatku, Doaku sentiasa untuk kalian... Bahagianya sahabat, maka bahagialah diri ini... Sedihnya dirimu wahai sahabat, maka sedihlah diri ini...Semoga Allah merahmati diri kita semua dan dikurniakan 'Nur Mawaddah' dalam hati kita sentiasa... I Love U... :)
No comments:
Post a Comment