Thursday, 10 November 2011

Semangat Dan Perjuangan...!!

Assalamualaikum wbt...
11.11.11... tarikh hari nie seolah-olah memberi kesan mungkin positig dan mungkin negetif pada manusia.. Baik facebook mahupun suratkhabar dan perbualan sehari-harian manusia pada hari ini berkisar kepada tarikh 11.11.11.. Adakah ia propaganda, kenangan terindah untuk diabadikan, mahupun bualan kosong semata-mata..?? Semua itu atas persepsi masing-masing... tapi bukan tarikh ini hendak dijadikan topik pada post ini... 
Hmm...Semangat...?? Apa yer yang anda semua faham mengenai semangat...?? Penting ker semangat dalam meneruskan kehidupan...?? Kenapa ada sesetangah semangat memerlukan sokongan dan dorongan orang lain..?? banyaknyer pertanyaan mengenai semangat... saya pun tak tahu definasi sebenar semangat ini tapi yang saya tahu ia adalah perkataan positif dan mempunyai aura dan impak yang positif dalam diri bila disebut berulang-ulang... mereka yang sakit mahupun koma pasti akan dibisikkan kata-kata semangat agar mereka terus melawan kesakitan dan kembali pulih seperti sedia kala... itu mungkin pada mereka yang terlantar... sebenarnya ramai manusia yang memerlukan semangat untuk terus hidup.. kadang-kadang fizikal normal tapi JIWA sakit mahupun mati... maka semangat itulah yang sebenarnya 'menghidupkan' kembali jiwa.. samada diri sendiri yang memberi semangat mahupun insan-insan yang dikasihi sentiasa meniupkan semangat untuk terus berjuang... 
Manusia semua sebenarnya adalah 'pejuang'..PEJUANG untuk kelangsungan diri sendiri dan berjuang untuk sukses dan mencapai matlamat kehidupan...Berjuang dan terus berjuang sehingga akhirnya nyawa meninggalkan jasad untuk menghadap Sang Pencipta... itulah matlamat terakhir kehidupan yang mungkin adalah matlamat utama para pejuang di muka bumi ini... Memburu kejayaan dunia yang membawa makna bagi kehidupan akhirat kelak... Matlamat kehidupan adalah berpisah dari dunia dalam keadaan husnul khotimah:
Maksudnya:
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam,
Akhirilah hidup kami dengan membawa iman,
Akhirilah hidup kami dengan Husnul khotimah
Maksudnya:
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik),
dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)
Saya juga manusia biasa yang mempunyai graf dalam kehidupan.. Graf yang tak pernah stabil tapi sentiasa ada naik dan turunnya...Graf kehidupan saya lebih berpandukan kepada 'semangat' saya.. Jika semangat adalah kuat untuk menghadapi segala cabaran, halangan dan dukacita, maka ia akan naik dan tidak memberi kesan kepada perjalanan kehidupan tetapi jika 'semangat' pudar atau hilang maka 'buppp' graf kehidupan saya akan menurun... saya juga manusia normal yang memerlukan sokongan dan dorongan orang lain untuk melangkah dan terus melangkah ke depan tanpa berpatah balik atau berhenti disebabkan tidak mampu menghadapi segala cabaran... tetapi sebanyak mana pun kita bergantung pada orang sebenarnya kita perlu belajar untuk 'BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI'... tak semua insan tersebut akan kekal berdiri teguh dibelakang kita...sampai masanya mereka akan pergi jua meninggalkan kita selama-lamanya... dari dalam diri kita sebenar-benarnya SEMANGAT itu bersembunyi... pinjam kata-kata sahabat saya,
"Saat semangat itu hilang carilah ia didalam hatimu...dan inspirasi di depan matamu...ia tidak akan pernah jauh...kerana ia selalu ada dekat meski hanya dalam doa...."..
Indahkan kata-kata itu...?? :) Benarrr...semangat tidak hilang tapi dia bersembunyi sahaja dan semangat sentiasa berada disisi kita sehingga ke akhirnya... sebagai manusia, kitalah yang kena berusaha membangunkan semangat dalam jiwa kita... Jangan mudah mengalah dan jangan mudah putus asa... Jangan sentiasa bersedih sebab dengan duduk bersedih tak mungkin kita akan dapat semangat kita semula...DAN jangan sentiasa berharap pada orang lain... yang sebaik-baik kita meletakkan harapan adalah pada ALLAH SWT yang menciptakan sekalian makhlukNya.. Dialah maha atas segala-galanya dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim... 
Benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.... ayat itu adalah antara penaik semangat ketika tengah 'down' giler atas sesuatu musibah mahupun dugaan... Yaaa...Allah sentiasa bersama-sama kita selamanya... Kenapa kadang-kadang susah nak faham akan perkara tersebut walhal banyak ayat-ayat yang telah menegaskannya... mungkin sebab kita tidak nampak dengan mata kasar menyebabkan kita rasa Allah jauh dan Allah tak nampak..mungkin ada yang berkata Allah tak faham... Nauzubillah... Kenapa perlu salahkan Allah atas segala sesuatu yang terjadi... sebagai manusia yang diberi iman, ilmu dan akal. Maka berlapang dada dengan segala dugaan dan cubaan... Allah menguji hambaNya untuk menyediakan dan mempersiapkan hambaNya untuk menjadi khalifah yang hebat atau terhebat...hikmah dan nikmat ada, dan antara sedar atau tidak sedar kita dah merasainya... Jika dugaan dariNya sangat hebat sehingga menyebabkan penamatnya adalah kematian (sakit dan sewaktu dengannya), maka lagi kuatlah semangat perjuangan kita untuk mengumpulkan 'bekalan' menghadapNya di sana... "engkau tak rasa, aku yang menanggung...senanglah kau cakap..".. itu mungkin kata-kata klise yang kita selalu dengar dan dapat dari manusia yang negetif apabila kita cuba memberi semangat pada manusia tersebut...dan dengan kata-kata seperti itulah yang akhirnya membuatkan usaha kita untuk membantu dengan lisan (itu yang terdaya..) terbantut dan at last kita pun akan give up and kata 'Fine..ikut ko ler nak rasa apa..."... Dan saya juga tak terkecuali dan perasaan-perasaan seperti itu... fuhhh... susahnya nak berjuang... Perlukan ilmu dan kekuatan mental dan fizikal... Maka, teruskan pencarian ilmu kerana bidang ilmu itu terlampau luas..carilah sehingga ke hujung dunia mahupun sehingga ke hujung nyawa sekalipun...  :)
 Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati". (Imam Ghazali)..

Dengan kerja seperti saya yang menghasilkan 'insan' yang mempunyai cabaran dan amanah yang sangat berat untuk dipikul (walaupun pemulangan dunia tidak seberapa), demi melihat wajah-wajah mereka yang dahagakan ilmu dan perhatian pendidiknya, InsyaAllah, jika semangat hilang akan kutiup dan kutepuk-tepuk semangat itu agar bangun semula... dan akan ku kongsi mahupun serahkan semangat ku pada 'mereka-mereka' ini agar mereka bisa menjadi insan yang berjaya dan khalifah Allah yang berguna pada bangsa, agama dan negara... Biarlah apa yang hendak diperkatakan, mungkin sudah takdir Allah meletakkan saya dalam bidang ini dari awal hingga insyaAllah ke akhirnya... 


Akhir kalam, hayatilah lagu dibawah..Semoga ia bisa menaikkan semangat kita hamba Allah yang lemah lagi serba kekurangan dalam menjadi Pejuang setidak-tidaknya untuk kelangsungan hidup dalam dunia yang penuh mencabar... Hayatilah.. 
Sahabat, semangatku telah kembali... terima kasih atas segalanya... :)
"Sunnah Orang Berjuang" by Hijjaz


Take care and smga Allah merahmati insan-insan yang berkasih-kasihan keranaNya.. Ameen..

No comments:

Post a Comment