Syukur ke hadrat Ilhai atas segala limpah kurniaNya. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW serta para keluarga dan sahabat baginda sekalian...Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memberi sedikit masa utk membina blog Nurul-Mawaddah5 ini.. Memang minat menulis dan suka membaca blog2 yang sedia ada...Adik-adikku juga dah ada blog masing2... So, welcome myself to this club... akhirnyer saya jadi blogger jugak... so, where should I start yer..?? rasa excited sgt nak menulis... hehehhe... tapi sebagai seorang manusia yg sering membuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup, saya memohon jutaan kemaafan andai ada kata2 dan tulisan di dalam ini menyinggung perasaan sesiapa sahaja. perkara itulah antara yang ingin dielakkan...harap segala penulisan dapat memberi faedah kepada sesiapa yang membacanya... perkongsian yang baik dan positif diharapkan... insyaAllah... jika ada sbrg teguran, tegurlah dgn cara yg berhemah kerana ia lebih sampai ke QALBU...pinjam kata-kata sahabat saya, "LISAN GAMBARAN PERIBADI"...
kenapa saya memilih nama Nurul-Mawaddah5...?? nurul adalah nama pangkal saya, Mawaddah bermaksud "CINTA KASIH" dan 5 adalah my favorite number... apa yang ingin disampaikan, dicoret dan dikongsi semuanya diharap berpaksikan kepada CINTA dan KASIH terhadap Allah & rasulNya, sesama insan dan makhluk Allah.. bukan untuk menembak atau luahan perasaan tanpa asas... CINTA dan KASIH perlu ada dalam kehidupan kerana perasaan itu merupakan fitrah yang diperlukan oleh setiap makhluk Allah...hatta binatang pun memerlukan perhatian, belaian dan kasih sayang inikan manusia... pokok atau tumbuhan pasti akan subur mekar dengan adanya siraman kasih sayang dari tuannya selain baja dan air sebagai asas untuk hidup...
Mungkin setakat ini sahaja sebagai mukadimah penulisan dalam blog saya buat masa ini...insyaAllah, pasti akan ada perkongsian2 yang lain lagi... InsyaAllah... take care and smga Allah melindungi semua insan yang saya kasihi... :)
waalaikumussalam... selamat ber blog. setiap orang pasti ada cerita untuk dikongsi. mesti menarik blog ni. so apa lagi... i followww!!
ReplyDeleteAssalamualaikum... Abu Shahmi, thanks sbb support.. smga byk ilmu, pendapat, cerita dan pelbagai perkara dapat dikongsi melalui maya dan penulisan... :) InsyaAllah...
ReplyDelete