Part 3:
Assalamualaikum wbt....
Sambungan kisahku tentang kucing...
Walau bagaimanapun, saya nie pun takderlah sentiasa membelai sahaja kucing saya...ada masanyer pun kucing2 saya nie mencabar gak kesabaran saya... Especially kalu bab2 'membuang' merata2 nie...aduyaiiii... kadang2 balik penat, tgk kucing lak terperangkap dlm rumah then membuang dlm rumah (kecuali nonek..sbb nonek jarang buat hal..sayang nonek..)especially atas tilam, mmg mencabar iman dan menaikkan amarah.. org "dahlah penat, nak kena buang and bersihkan lak najis2 dia...bau tu tak yah lak nak...alahai... kucing2.".mmg kena sepak dulu ler se'das' dua...tp lepas lepuk kucing2 tu, rasa bersalah lak... yelah dia binatang... mana dia tahu dokk... tp kekadang kena ajar jugak bg jeran... nak tak nak buatlah dan dlm hati yg panas smga Allah mengampunkan dosa2 aku, arwah ibuku dan abahku atas kesabaranku dan bakti aku pd haiwan kesayangan Rasulullah SAW...
Skrg nie, kucing di rumah saya di senawang dah ada banyak..dlm 15 ekor..induk, jantan dan anak2 nyer... nama2 kucing kami adalah Omey (kucing dtg dan manja..tak suka kena peluk), Abby, Obok (yg comel dan garang..mewarisi perangai si kaklong) dah Dae Han (Dae han ler spesis kucing jantan yg plg manja dan penakut teramat... kalu dia kena serang, kalu boleh satu rumah kena jd perisai dan mempertahankan dia.. iulah kucing jantan umah nie...nama obok dan Dae Han diletakkan sempena nama watak heroin dan hero korea dlm drama bersiri KBS), kaklong (sbb dia sulung), Tam-tam (sbb hitam..manja dan suka didukung..kalau dukung pasti akan melentok2 dan rebahkan badan dia kat bahu kita...eeeee... geramnyer kat tam-tam..), shemey (mata dia buta sebelah tp yg plg besar dan berat), uncit(sbb masa kecik2 dia buncit), yoyo (sbb warna kuning), koko (warna coklat) opok (junior Obok..sama bulu...), Backy (sbb dia hitam tp sgt lincah), foreigner (sbb dia kucing pendatang tp yg plg kuat makan dan suka curi susu induk kucing..survivor) dan dua ekor anak Omey yg cadangan nak letak nama Upin dan Ipin (sgt comel dan suka sgt mengiau..pantang sangkar dibuka..nak keluar sokmo..)....tak lupa juga si Bujang..(jantan yg plg di sayangi oleh makcik saya...penakut gak tp dah takder kat umah...g bertapa kott menuntut ilmu silat..hehehe)...
Oklah...stkt nie shj saya bercerita pasal kucing2 saya..sebenarnya, byk pelajaran, ilmu dan pengalaman yg menarik jika kita bela kucing nie...kucing adalah binatang yg penyayang dan setia... dan murah rezeki jika berkongsi rezeki dgn kucing2 nie... itu diakui...kadang2 mengeluh jugak tp bila fikir sebenarnya dlm rezeki kita ada rezeki sesama makhluk Allah, maka InsyaAllah tawakal dgn rezeki Allah... stkt nie takderlah sampai papa kedana krn kucing malahan selalunya dlm kesusahan pasti ada kemudahannya...
Disini dikongsikan dengan sedikit ilmu mengenai kucing dan air solat...smga sama2lah kita menyayangi sesama makhluk Allah sbb sebenarnya kita sentiasa memerlukan antara satu sama lain... :)
BULU KUCING ADAKAH IA BERNAJIS..??
Postby emrullah »
salam
Alhamdulillah,
saya dah lihat dalam arkib soal jawab mengenai bulu kucing. bagi salafussoleh, kucing bukanlah binatang yang najis dan ia merupakan umum al bauwa'.
perrsoalan saya,
-betulkah dalam fiqh syafie, bulu kucing dikatakan najis.
-bagaimanakah status bulu yang tertanggal dari kucing yang masih hidup dan bulu yang tertanggal dari bangkai (kucing)?
-adakah tafsir ibnu abbas mahupun riwayat para sahabat mhupun tabi'in yang menyebut tentang status bulu kucing (bukan umum kepada kucing itu sendiri) itu sendiri?
- bolehkah pihak panel ahkam kemukakan pendapat yang lewbih rojeh yang harus saya terima, mahupun pendapat ulamak yang mu'tabar tentangnya?
saya menucapkan jutaan terima kasih atas jawapan yang bakal dijawab nati. jazakumullah hu khairan kasira..
*******************************
Postby kamin »
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr emrullah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Sebagaimana yang telah dijawab oleh panel al-ahkam yang lain, bulu kucing bukanlah najis, oleh kerana kucing itu sendiri bukan binatang yang najis, malahan bulu kucing yang jatuh kedalam air minuman juga tidak menajiskan minuman tersebut.
Berikut kami petik fatwa yang dikeluarkan Markas Fatwa dibawah pegawasan Dr Abdullah al-Faqih :-
"Kucing bukanlah binatang yang najis, diriwayatkan dari pengarang2 al-Sunan dari Kabshah bt Ka'b ibn Malik, isteri kepada Abu Qutaadah, bahawa Abu Qutaadah masuk dan dia (isteri) menuangkan air kepadanya agar dia dapat melakukan wudhu'. Kemudian datang seekor kucing dan minum dari air tersebut, dan ia menarik takungan tersebut agar dapat minum air tersebut. Kabshah berkata :'Dia melihatku memandang kepadamya dan dia berkata, 'Adakah anda mendapatinya pelik, Ya anak perempuan saudaraky?'. Aku berkata,'Ya'. Dia berkata :'Rasulullah :saw bersabda :'sesungguhnya bukanlah kucing itu najis, kerana sesungguhnya ia adalah dikalangan mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (al-tawwaafeena ‘alaikum).
Maka dengan itu, apa yang datang pada bulunya adalah bersih (Taher) dan tidak memudharatkan jika ia terjatuh kedalam makanan dan minuman, akan tetapi seeorang itu boleh meinggalkannya sebab menjaga kesihatan" [Fatwa IslamWeb : 52034]
------------
Perkataan "mereka yang biasanya berada dikeliling kamu (ÇáØæÇÝíä Úáíßã) didalam hadith yang terkandung didalam fatwa diatas membawa maksud kucing itu juga bagaikan orang gaji atau orang rumah yang biasa berada dengan orang2 didalam rumah.
Terdapat juga didalam riwayat yang lain, dimana seorang wanita membawa makanan hareesa kepada A'isyah ra. dan mendapati beliau sedang bersolat. A'isyah telah mengisyaratkan kepadanya agar dia meletakkan barangan tersebut dibawah. Kemudan seekor kucing datang dan makan sedikit darinya. Apabila A'siyah selesai bersolat, beliau makan makanan yang telah makan oleh kucing tersebut dan berkata :
"'Rasulullah :saw bersabda : Kucing bukanlah najis, malah dia adalah diantara mereka yang biasanya berada dikeliling kamu". Aku melihat Rasulullah :saw melakukan wudhu' dengan air yang telah diminum oleh kucing" [Hadith Riwayat Abu Daud dan lain2].
-----------
Berikut adalah jawapan dari JAKIM mengenai status bulu kucing :
Soalan : saya ada memelihara kucing di rumah saya..adakah sah sembahyang saya,jika kain sembahyang atau sejadah terdapat bulu kucing.Adakah bulu kucing ini dikategorikan sebagai najis?
Jawapan : Sah solat saudari kerana bulu kucing bukan najis..
sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil.nsf
------
Kesimpulannya, kucing bukanlah binatang najis, begitu juga dengan bulunya. Kucing dianggap sebagai 'orang rumah' sebagaimana yang digambarkan didalam hadith Nabi :saw diatas. Terdapat dikalangan ulama2 bermazhab Syafie mengatakan bahawa apa yang tertanggal dari binatang yang haram dimakan adalah najis. Menurut Prof Dr Wahbah al-Zuhaily (a-Fiqh al-Islami 1/175) bahawa disana terdapat pandangan yang menyebut bahawa jika bulu tersebut tidak lebih dari dua, maka ia dima'afkan. Namun demikian, jumhur ulama' berpendapat bahwa bulu kucing tidak najis, malah jika ia jatuh kedalam air sekalipun, maka air tersebut masih boleh diminum, sebagaimana Rasulullah melakukan wudhu' pada takungan air yang telah diminum oleh kucing, dan A'isyah juga makan kueh yang telah diusik oleh kucing.Kesemua ini menjadi dalil kesucian kucing. :aklam.
wassalam
========
Rujukan :
1. Markas Fatwa pengawasan Dr Abdullah al-Faqih. URL : http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/Show ... on=FatwaId
2. Prof Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 1.cet ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.
Pesan saya, sayanglah semua makhluk Allah SWT tidak kisah samada dia manusia, haiwan mahupun pohon2 dan sebagainya.... Jgn hanya kerana mencuri ikan kerana terlalu lapar, maka kucing dipotong kedua2 tangannya...tolong rasional sikit kalau nak marah haiwan... lgpun dia adalah haiwan bukan manusia... kalau kita buat begitu, kitalah haiwan...
saksikan link dibawah untuk melihat kisah kucing berkenaan... byk lg kezaliman pd haiwan2 ini... tolong hentikan kezaliman anda... Allah tidak redha dan Allah marah kita menyakiti sesama makhluk Allah...
Gambar2 kucing2 saya terkini...
Nama saya Abby.. Jari kaki saya satu dah tiada..kena potong atau terpotong.. Kesian Abby..!! Nasib baik abah dan makcik cepat2 hantar pergi klinik haiwan...
Nama saya Tam-Tam... Saya suka kena peluk dan dukung.. Tuan2 saya selalu ejek saya tiada leher... Tp tak kisah sbb saya memang comel dan manja...
Nama saya Comey.. Saya dah ada dua ekor anak2 yg comel.. Dulu saya naif ttp selepas saya bergelar ibu saya dah jadi garang.. Kak Long pun saya kejar.. Jgn main2 dgn saya lagi yer..
Kami berdua adalah sepupu...Eh..!! Ye ker..?? Ntah.. Yg penting kami bersaudara dan saling membantu dalam menyusukan anak2 kami...
Namaku Dae Han & Adeyyy.. Saya seekor kucing jantan yg manja dan 'penakuttt'.. Hobi saya adalah tidur dan makan.. Saya tak suka berkongsi, saya suka makan sorang2...
Lihatlah generasi dan keturunan kami... Kami keturunan yang subur2 belaka... :)
Yang makan tu makan, yang menyusu tak lepaskan peluang 'mendodot'...
Sayalah pendatang asing itu..Nama saya Foreigner... Saya seorang yang survival dan sgt independent.. Mata saya yang paling cantik sekali..
Inilah anak2 ku kata si Obok...Tak tahu sapa bapak yang sebenar.. Tiga2 ekor semua design yang berbeza... hehehe..
Saya Koko anak si Obok.. Saya mewarisi bulu moyang saya dulu..Comel tak saya..??
Yang nie semua generasi baru kami...
Berehat2 di depan pintu dapur sambil menunggu masa makan... Lapar nyerr...
Dimanakah induk ku..?? huhuhu.. "Aku hanya seorang pendatang..."
Inilah anak2 Comey yang mmg comel... Kutti3x... Saya dah pandai makan tahu...
I love my kucing2 very much.... muah3x....
mak oii ramai nya kucing.. selain orang yg penyayang, orang yang sabar jer mampu bela kucing ni. kalau ada kucing yang pandai berak dalam lubang jamban bagi la kat kami. yang pandai flush lagi bagus hehe :)
ReplyDeletesalam Abu Shahmi..ini semua kucing belaan family kami... mereka semua baik2 perangai cuma degil dan nakal ajer.. tp telatah mereka menghiburkan... stkt nie bab2 mengajar flush toilet tu belum lagi.. jenuh ler kalau 15 ekor tu semuanya flush jamban..tak boleh bayangkan.. :)
ReplyDelete