Friday, 11 November 2011

Perjuangan Belum Selesai...

Assalamulaikum wbt...


Selagi nyawa dikandung badan, selagi diri mampu berdiri, selagi akal mampu berfikir, selagi iman menjadi perisai selagi itu PERJUANGAN BELUM SELESAI... 
Semoga insan-insan yang kukasihi sekalian sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam kehidupan kalian...



Selain itu, antara lirik dari lagu yang sentiasa mengingatkan saya mengenai manusia adalah seperti dibawah ini.. Hayatilah liriknya sahaja... Nak dengar lagu...??Nanti saya pergi cari siapa yang nyanyikannya yer... hehehhe...


Bahasa Jiwa...


Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita

Tidak pula dapat selalu memahami gejolak jiwa yang ada di dalam diri kita


Janganlah selalu mengharapkan orang lain harus mengerti akan perasaanmu walaupun ia adalah sahabat karibmu sendiri

Kar'na perasaan adalah bahasa hati yang dapat berubah di setiap waktu
Hari ini ia adalah orang yang sangat mengerti akan perasaan hatimu
Mungkin esok ia adalah orang yang paling tidak memahamimu
Janganlah memaksa kar'na saudaramu juga hanyalah seorang manusia biasa

Cukuplah hanya Allah tempat mencurahkan segala isi yang ada di hati kita dan menumpahkan segala perasaan yang ada di jiwa

Tidak semua manusia mengerti s'gala perasaan yang ada di hati kita

(From lembayung_sepi)


Hanya Allah yang mengerti dan memahami diri hambaNya yang diciptakannya...Kadangkala diri sendiri tidak kenal diri kita sendiri... Sentiasalah beristikharah dalam kehidupan kerana kita tidak tahu yang mana terbaik bagi diri kita dan pilihan mana yang baik untuk diri kita, agama kita, dunia kita mahupun akhirat kita...


"Yang kita rasa terbaik buat kita pada mata kasar manusia tidak semestinya baik disisi Allah SWT, tetapi yang tidak baik di mata kita mungkin itulah yang terbaik di sisi Allah SWT".. 



Doa Solat Istikharah:





"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).



Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanyakan penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati dalam menangani persoalannya.
Allah telah berfirman:


"Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik dll). Apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah".

Antara perkara-perkara yang mungkin dimohon dalam solat istikharah adalah....hehehe...Jodoh yang terbaik... InsyaAllah, semoga Allah beri petunjuk agar impian untuk membina dan mendapat keluarga Sakinah Mawaddah War Rahmah akan dimakbulkan dan tercapai...Maka merasalah hidup di syurga dunia sebelum berhijrah ke alam yang kekal abadi selamanya...



Ilmu yang diperolehi hari ini dari Prof Dr Muhaya (personaliti motivasi yang dikasihi dan dihormati), jika ingin hidup mendapat keberkatan Ilhai dan dikasihi oleh makhluk Allah, maka amalkan Empat(4) prinsip ini:

1- Menghormati sesama makhluk Allah SWT
2- Jujur dan ikhlas serta jangan harapkan pembalasan dan ganjaran dari manusia semata-mata. Lakukan sesuatu kebaikan terutamanya dengan mengharap ganjaran dan pahala dari Allah SWT
3- Berlemah lembut
4- Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan pada setiap hari dan jadikan diri dapat memberi manfaat kepada sesama makhluk Allah

InsyaAllah, seperti nasihat seorang sahabat... ingat 3M...

"Mulai dari saat ini, mulai dari diri sendiri, mulai dengan perkara-perkara 
yang kecil dahulu..".. 

Semoga ketemu lagi... Semoga Allah merahmati kita semua..InsyaAllah... :)



Thursday, 10 November 2011

Semangat Dan Perjuangan...!!

Assalamualaikum wbt...
11.11.11... tarikh hari nie seolah-olah memberi kesan mungkin positig dan mungkin negetif pada manusia.. Baik facebook mahupun suratkhabar dan perbualan sehari-harian manusia pada hari ini berkisar kepada tarikh 11.11.11.. Adakah ia propaganda, kenangan terindah untuk diabadikan, mahupun bualan kosong semata-mata..?? Semua itu atas persepsi masing-masing... tapi bukan tarikh ini hendak dijadikan topik pada post ini... 
Hmm...Semangat...?? Apa yer yang anda semua faham mengenai semangat...?? Penting ker semangat dalam meneruskan kehidupan...?? Kenapa ada sesetangah semangat memerlukan sokongan dan dorongan orang lain..?? banyaknyer pertanyaan mengenai semangat... saya pun tak tahu definasi sebenar semangat ini tapi yang saya tahu ia adalah perkataan positif dan mempunyai aura dan impak yang positif dalam diri bila disebut berulang-ulang... mereka yang sakit mahupun koma pasti akan dibisikkan kata-kata semangat agar mereka terus melawan kesakitan dan kembali pulih seperti sedia kala... itu mungkin pada mereka yang terlantar... sebenarnya ramai manusia yang memerlukan semangat untuk terus hidup.. kadang-kadang fizikal normal tapi JIWA sakit mahupun mati... maka semangat itulah yang sebenarnya 'menghidupkan' kembali jiwa.. samada diri sendiri yang memberi semangat mahupun insan-insan yang dikasihi sentiasa meniupkan semangat untuk terus berjuang... 
Manusia semua sebenarnya adalah 'pejuang'..PEJUANG untuk kelangsungan diri sendiri dan berjuang untuk sukses dan mencapai matlamat kehidupan...Berjuang dan terus berjuang sehingga akhirnya nyawa meninggalkan jasad untuk menghadap Sang Pencipta... itulah matlamat terakhir kehidupan yang mungkin adalah matlamat utama para pejuang di muka bumi ini... Memburu kejayaan dunia yang membawa makna bagi kehidupan akhirat kelak... Matlamat kehidupan adalah berpisah dari dunia dalam keadaan husnul khotimah:
Maksudnya:
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam,
Akhirilah hidup kami dengan membawa iman,
Akhirilah hidup kami dengan Husnul khotimah
Maksudnya:
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik),
dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)
Saya juga manusia biasa yang mempunyai graf dalam kehidupan.. Graf yang tak pernah stabil tapi sentiasa ada naik dan turunnya...Graf kehidupan saya lebih berpandukan kepada 'semangat' saya.. Jika semangat adalah kuat untuk menghadapi segala cabaran, halangan dan dukacita, maka ia akan naik dan tidak memberi kesan kepada perjalanan kehidupan tetapi jika 'semangat' pudar atau hilang maka 'buppp' graf kehidupan saya akan menurun... saya juga manusia normal yang memerlukan sokongan dan dorongan orang lain untuk melangkah dan terus melangkah ke depan tanpa berpatah balik atau berhenti disebabkan tidak mampu menghadapi segala cabaran... tetapi sebanyak mana pun kita bergantung pada orang sebenarnya kita perlu belajar untuk 'BERGANTUNG PADA DIRI SENDIRI'... tak semua insan tersebut akan kekal berdiri teguh dibelakang kita...sampai masanya mereka akan pergi jua meninggalkan kita selama-lamanya... dari dalam diri kita sebenar-benarnya SEMANGAT itu bersembunyi... pinjam kata-kata sahabat saya,
"Saat semangat itu hilang carilah ia didalam hatimu...dan inspirasi di depan matamu...ia tidak akan pernah jauh...kerana ia selalu ada dekat meski hanya dalam doa...."..
Indahkan kata-kata itu...?? :) Benarrr...semangat tidak hilang tapi dia bersembunyi sahaja dan semangat sentiasa berada disisi kita sehingga ke akhirnya... sebagai manusia, kitalah yang kena berusaha membangunkan semangat dalam jiwa kita... Jangan mudah mengalah dan jangan mudah putus asa... Jangan sentiasa bersedih sebab dengan duduk bersedih tak mungkin kita akan dapat semangat kita semula...DAN jangan sentiasa berharap pada orang lain... yang sebaik-baik kita meletakkan harapan adalah pada ALLAH SWT yang menciptakan sekalian makhlukNya.. Dialah maha atas segala-galanya dengan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim... 
Benarlah firman Allah SWT dalam surah Al-baqarah ayat 286 yang bermaksud:
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"
La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.... ayat itu adalah antara penaik semangat ketika tengah 'down' giler atas sesuatu musibah mahupun dugaan... Yaaa...Allah sentiasa bersama-sama kita selamanya... Kenapa kadang-kadang susah nak faham akan perkara tersebut walhal banyak ayat-ayat yang telah menegaskannya... mungkin sebab kita tidak nampak dengan mata kasar menyebabkan kita rasa Allah jauh dan Allah tak nampak..mungkin ada yang berkata Allah tak faham... Nauzubillah... Kenapa perlu salahkan Allah atas segala sesuatu yang terjadi... sebagai manusia yang diberi iman, ilmu dan akal. Maka berlapang dada dengan segala dugaan dan cubaan... Allah menguji hambaNya untuk menyediakan dan mempersiapkan hambaNya untuk menjadi khalifah yang hebat atau terhebat...hikmah dan nikmat ada, dan antara sedar atau tidak sedar kita dah merasainya... Jika dugaan dariNya sangat hebat sehingga menyebabkan penamatnya adalah kematian (sakit dan sewaktu dengannya), maka lagi kuatlah semangat perjuangan kita untuk mengumpulkan 'bekalan' menghadapNya di sana... "engkau tak rasa, aku yang menanggung...senanglah kau cakap..".. itu mungkin kata-kata klise yang kita selalu dengar dan dapat dari manusia yang negetif apabila kita cuba memberi semangat pada manusia tersebut...dan dengan kata-kata seperti itulah yang akhirnya membuatkan usaha kita untuk membantu dengan lisan (itu yang terdaya..) terbantut dan at last kita pun akan give up and kata 'Fine..ikut ko ler nak rasa apa..."... Dan saya juga tak terkecuali dan perasaan-perasaan seperti itu... fuhhh... susahnya nak berjuang... Perlukan ilmu dan kekuatan mental dan fizikal... Maka, teruskan pencarian ilmu kerana bidang ilmu itu terlampau luas..carilah sehingga ke hujung dunia mahupun sehingga ke hujung nyawa sekalipun...  :)
“ Carilah hatimu di tiga tempat..Carilah hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak engkau temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika engkau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru, kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati". (Imam Ghazali)... 

Dengan kerja seperti saya yang menghasilkan 'insan' yang mempunyai cabaran dan amanah yang sangat berat untuk dipikul (walaupun pemulangan dunia tidak seberapa), demi melihat wajah-wajah mereka yang dahagakan ilmu dan perhatian pendidiknya, InsyaAllah, jika semangat hilang akan kutiup dan kutepuk-tepuk semangat itu agar bangun semula... dan akan ku kongsi mahupun serahkan semangat ku pada 'mereka-mereka' ini agar mereka bisa menjadi insan yang berjaya dan khalifah Allah yang berguna pada bangsa, agama dan negara... Biarlah apa yang hendak diperkatakan, mungkin sudah takdir Allah meletakkan saya dalam bidang ini dari awal hingga insyaAllah ke akhirnya... 


Akhir kalam, hayatilah lagu dibawah..Semoga ia bisa menaikkan semangat kita hamba Allah yang lemah lagi serba kekurangan dalam menjadi Pejuang setidak-tidaknya untuk kelangsungan hidup dalam dunia yang penuh mencabar... Hayatilah.. 
Sahabat, semangatku telah kembali... terima kasih atas segalanya... :)
"Sunnah Orang Berjuang" by Hijjaz


Take care and smga Allah merahmati insan-insan yang berkasih-kasihan keranaNya.. Ameen..

Wednesday, 9 November 2011

My Beloved Family...

My Beloved Family Ever...!!

 Atuk, nenek, Qayyum dan Qaheera..

Famili Abang Longku yang kukasihi...!!

My Sibling..!!

Ramai tak...?? Tu pun ramai yang tiada..Next time kena sure semua family AWSABI complete..!!

KELUARGA.... Siapa yang lahir di dunia tanpa keluarga..?? Siapa yang berada di dunia tidak suka bekeluarga...?? Siapa di dunia ini yang tidak mengimpikan mempunyai keluarga sakinah dan bahagia..?? Siapa yang mahu hidup sendiri dan merasakan keluarga hanya menyusahkan dirinya sahaja...?Saya sebagai manusia normal akan mengatakan jawapannya...TIADA... Sejahat-jahat makhluk Allah pasti di dasar hatinya ada keinginan untuk bersama keluarga atau mempunyai keluarga... Semua manusia akan merasakan bahawa dirinya akan lengkap dan terisi apabila mempunyai keluarga, bersama keluarga, mencintai dan dicintai oleh keluarga serta susah dan senang pasti akan ada ahli keluarga yang teguh disisi... Keluarga adalah aset yang paling penting bagi setiap insan di muka bumi Allah ini... :)
InsyaAllah..nanti saya sambung lagi cerita mengenai keluarga... GTG... Take care.. :)


Tuesday, 8 November 2011

Sahabat Sejati..


Teman dan Sahabat... Semua manusia di muka bumi perlukan TEMAN dan SAHABATselain dari ibu bapa, adik beradik, saudara mara dan juga "ehem..ehem..".. Tapi kadang-kadang kita sendiri keliru dengan klasifikasi SAHABAT, KAWAN dan TEMAN...adakah sama atau berbeza setiap satu istilah tersebut... Kalau ikut hirarki macamana dengan susunannya..?? Mungkin lain orang lain pendapatnya... Ada antara pendapat mengatakan bahawa 'sahabat adalah insan yang paling dekat dan akrab dengan kita selain dari family kita sendiri'.. Ada yang mendefinasikan sebagai seseorang yang sentiasa menyokong dan memberi keberanian kepada kita untuk melangkah ke hadapan' manakala dari penulisan Dr. H.M. Tuah Iskandar yang berbunyi, "Sahabat umpama baju yang kita pakai. Ia melindungi kita, mengindahkan kita, menjadikan kita sempurna di mata orang lain".. Kalau nak dilihat dan dibelek-belek satu per satu pendapat orang mengenai erti sahabat mungkin sampai sehari pun tak habis..Kesimpulannya, lain orang lain pendapatnyerr... Bagi saya, TEMAN dan SAHABAT adalah insan yang diperlukan dalam kehidupan dan bersifat 'give and take', sentiasa berada di sisi saat diperlukan, bila  dilihat berasa tenang, mampu menceriakan hati yang duka dan gundah gulana, mampu ketawa bersama, sentiasa rindu bila tidak bersua, boleh berfikir dan bertindak mengikut situasi semasa sahabatnya, dan yang paling penting sentiasa menasihati jika langkah tersumbang dan memberi motivasi jika jiwa semakin tumbang...  Ayat pendeknya adalah teman dan sahabat sebenaranya 'Saling lengkap melengkapi antara satu sama lain'... 
Panjangnyer istilah saya mengenai teman dan sahabat... Kalau ikut susunan hirarki, TEMAN, SAHABAT dan KAWAN... Kenapa TEMAN di atas...?? Sebab bagi saya teman ini boleh jadi sahabat malahan meluas lagi peranan TEMAN ini... Tapi sahabat adalah sahabat dan pada certain2 part, sahabat tidak boleh menjadi teman... hehehe... Iyeker..?? Lain manusia lain pendapat... Betul tak..?? :) 
Saya juga merupakan insan yang memerlukan teman dan sahabat dalam kehidupan...Kawan boleh dicari dan diganti mengikut masa, tempat dan suasana... Tapi teman dan sahabat... InsyaAllah, biarlah ia berkekalan sehingga ke akhirnya... Sesuatu persahabatan yang dijalinkan kerana Allah SWT pasti ia merupakan hubungan yang ikhlas tanpa ada apa-apa agenda tersembunyi... Sebarang permasalahan dalam persahabatan pasti dapat ditangani dengan perasaan yang rasional dan terbuka disebabkan kasih sayang (mawaddah) terhadap perhubungan itu... Sebarang isu juga dapat diterima dengan terbuka... Seperti kata-kata indah ini, "Segala kebaikan sahabat/insan catatlah pada batu agar jika disirami dengan air pasti kebaikan itu akan kekal selamanya, tetapi segala keburukan/kejahatan sabahat/manusia catatkanlah pada pasir, jika datangnya air maka segala kenburukan/kejahatan pasti akan terpadam'... Kalaulah setiap sahabat mampu berbuat seperti kata-kata tersebut, maka lagi bahagialah jalinan persahabatan itu... Tapi mampukah kita jadi sebaik itu terutama pada akhir zaman ini...?? zaman yang manusia sentiasa hidup dengan andaian-andaian dan kata-kata fitnah tanpa ada inisiatif untuk menyiasatnya terlebih dahulu... Kadang-kadang kasihan melihat sesuatu persahabatan yang terjalin begitu lama 'Kedebommm' musnah begitu sahaja disebabkan lebih mempercayai kata-kata 'syaitan' yang tidak senang dengan 'mawaddah' dalam hubungan itu.. akhirnya siapa yang merana...?? 'Syaitan' tersebut pun bertepuk tangan dan tinggalkan kita begitu sahaja menyesali akan keterlanjuran kita... 'Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata musnah binasa'... Hayatilah kata-kata  pesanan Imam Luqmanul Hakim. " Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal."...
Saya mempunyai ramai kawan tetapi sahabat... biarlah hanya diri ini yang tahu berapa bilangannya..Yang pasti tidak ramai tetapi mana sahabat yang ada benar-benar adalah SAHABAT saya, InsyaAllah dunia dan akhirat... Saya benar-benar sayangkan sahabat-sahabat saya dan walaupun ada antaranya jarang saya hubungi tapi ketahuilah wahai sahabat 'Engkau sentiasa di hatiku..'..Segala kenangan-kenangan bersama tak pernah padam malahan kadang-kadang bila teringat rasa rindu sangat.... Mana-mana sahabat yang masih lagi bersama-sama saya dan aktif berhubung, anda memang 'The Best' and 'My Beloved Forever'... :)
Hayatilah lagu di atas, dan lagu ini memang best... :) Kaulah Teman, Kaulah Sahabat... Semoga semua manusia dikurniakan dengan perasaan kasih sayang antara sesama insan... Dan kepada sahabat-sahabatku, Doaku sentiasa untuk kalian... Bahagianya sahabat, maka bahagialah diri ini... Sedihnya dirimu wahai sahabat, maka sedihlah diri ini...Semoga Allah merahmati diri kita semua dan dikurniakan 'Nur Mawaddah' dalam hati kita sentiasa... I Love U... :)

Diriku...

Assalamualaikum wbt...

Syukur ke hadrat Ilhai atas segala limpah kurniaNya. Selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Nabi Muhammad SAW serta para keluarga dan sahabat baginda sekalian...Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memberi sedikit masa utk membina blog Nurul-Mawaddah5 ini.. Memang minat menulis dan suka membaca blog2 yang sedia ada...Adik-adikku juga dah ada blog masing2... So, welcome myself to this club... akhirnyer saya jadi blogger jugak... so, where should I start yer..?? rasa excited sgt nak menulis... hehehhe... tapi sebagai seorang manusia yg sering membuat kesilapan dan kesalahan dalam hidup, saya memohon jutaan kemaafan andai ada kata2 dan tulisan di dalam ini menyinggung perasaan sesiapa sahaja. perkara itulah antara yang ingin dielakkan...harap segala penulisan dapat memberi faedah kepada sesiapa yang membacanya... perkongsian yang baik dan positif diharapkan... insyaAllah... jika ada sbrg teguran, tegurlah dgn cara yg berhemah kerana ia lebih sampai ke QALBU...pinjam kata-kata sahabat saya, "LISAN GAMBARAN PERIBADI"... 
kenapa saya memilih nama Nurul-Mawaddah5...?? nurul adalah nama pangkal saya, Mawaddah bermaksud "CINTA KASIH" dan 5 adalah my favorite number... apa yang ingin disampaikan, dicoret dan dikongsi semuanya diharap berpaksikan kepada CINTA dan KASIH terhadap Allah & rasulNya, sesama insan dan makhluk Allah.. bukan untuk menembak atau luahan perasaan tanpa asas... CINTA dan KASIH perlu ada dalam kehidupan kerana perasaan itu merupakan fitrah yang diperlukan oleh setiap makhluk Allah...hatta binatang pun memerlukan perhatian, belaian dan kasih sayang inikan manusia... pokok atau tumbuhan pasti akan subur mekar dengan adanya siraman kasih sayang dari tuannya selain baja dan air sebagai asas untuk hidup... 
Mungkin setakat ini sahaja sebagai mukadimah penulisan dalam blog saya buat masa ini...insyaAllah, pasti akan ada perkongsian2 yang lain lagi... InsyaAllah... take care and smga Allah melindungi semua insan yang saya kasihi... :)